Awan Oort: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
SieBot (bincang | sumb.)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
Baris 8:
Awan Oort dijangka sebagai baki [[nebula]] asal yang mengucup untuk membentuk matahari dan [[planet]] lima juta tahun dahulu, dan awan Oort dikatakan tertambat lemah pada sistem solar. Teori pembentukan awan Oort yang diterima umum adalah; objek awan Oort mulanya terbentuk lebih hampir dengan [[Matahari]] sebagai sebahagian proses yang sama pembentukan [[planet]] dan [[asteroid]], tetapi interaksi graviti dengan gergasi gas muda seperti Jupiter melontar mereka ke orbit parabolik atau elips amat panjang. Proses ini juga bertindak mencampak objek keluar dalam bentuk satah ekliptik, ini menjelaskan bentuk taburan sfera awan. Ketika berada di orbit kawasan yang jauh keluar, interaksi graviti dengan bintang yang terletak berhampiran, menukar orbit komet dengan lebih lanjut dan menjadikan orbit komet lebih bulat.
 
IanyaIa dipercayai bahawa sistem [[bintang]] yang lain kemungkinannya turut mempunyai awan Oort mereka sendiri, dan bahagian luar awan Oort bintang-bintang yang berlainan boleh bertindan, menyebabkan kadang-kala berlakunya pencerobohan komet ke bahagian dalam sistem solar.
 
Sehingga kini, hanya satu kemungkinan awan Oort telah dijumpai; [[planetoid Sedna]]. Dengan orbit dianggarkan antara 76 sehingga 850 AU, ianya adalah lebih hampir daripada jangkaan dan mungkin tergolong sebagai "dalam" awan Oort. Jika Sedna benar-benar tergolong dalam awan Oort, ini mungkin bererti bahawa awan Oort adalah lebih padat dan lebih hampir dengan Matahari berbanding yang dianggarkan sebelum ini. Pekara ini mencadangkan bahawa kemungkinan Matahari pada awalnya berfungi seolah sekumpulan bintang padat; mempunyai beberapa jiran rapat semasa pembentukan awan Oort; ini berdasarkan andaian bahawa objek yang dilontar oleh gergasi gas akan mempunyai orbit pusingan yang lebih hampir dengan matahari berbanding sekiranya ia berlaku dengan jiran yang lebih jauh.