Sistem metrik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-Ianya +Ia)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 4:
Salah satu matlamat sistem metrik adalah bagi mengadakan satu unit tunggal bagi sebarang kuantiti fizikal. Semua panjang dan jarak, sebagai contohnya, diukur dalam meter, atau seperibu meter (milimeter), atau ribu meter (kilometer), dan sebagainya. Tidak terdapat banyak unit berlainan dengan faktor penukaran yang berlainan, seperti [[inci]], [[kaki (ukuran)|kaki]], [[ela]], [[fatom]], [[pol]], [[rantai (ukuran)|rantai]], [[furlong]], [[batu (ukuran)|batu]], [[batu nautika]], [[farsakh]], dll. Peningkatan dan pengurangan berkait dengan unit asas melalui pendaraban kuasa sepuluh, dengan itu seseorang boleh menukar hanya dengan mengalih tanda perpuluhan: 1.234 meter adalah 1234 milimeter, 0.001234 kilometer, dll. Penggunaan pembahagian (''fraction''), seperti 2/5 meter, tidak dilarang tetapi tidak biasa digunakan.
 
Masa, bagaimanapun, tidak dimetrik bagi penggunaan harian: [[tahun]], [[bulan]], [[minggu]], [[hari]], [[jam]], [[minit]], dan [[saat]], dengan penukaran bukan perpuluhan, masih digunakan. Saat dan pembahagiaan saat, (contohnya. ''mikrosaat''), digunakan dalam kerja saintifik, tetapi unit masa tradisi sering kali digunakan berbanding gandaan perpuluhan saat. Sistem metrik asal bertujuan untuk digunakan bersama unit masa [[Takwim Republik Perancis|Takwim Republik Perancis (''French Republican Calendar'')]], tetapi ianyaia tidak digunakan bersama dengan takwim tersebut.
Ia diputuskan oleh Perancis, sistem pengganti mestilah berasaskan dimensi tetap [[bumi]]. Isipadu dan berat yang menjadi unit yang berkait dengan ukuran lelurus (''linear'') melalui applikasi geometrik bagi ukuran lelurus
 
Baris 15:
Kebanyakan pengguna harian sistem ukuran metrik mengukur [[suhu]] dalam darjah [[Celsius]], walaupun unit SI adalah [[kelvin]], skala yang unitnya mempunyai "saiz" yang serupa, tetapi bermula pada sifar mutlak. Darjah sifar Celsius bersamaan dengan 273.15 kelvin (perkataan "darjah" tidak lagi digunakan bersama kelvin).
 
Ukuran [[sudut]] telah dijadikan perpuluhan, tetapi unit bukan perpuluhan bagi sudut masih digunakan secara lebih meluas. Unit desimal, yang bukannya sebahagian SI, adalah ''gon'' atau ''grad'', bersamaan dengan satu peratus [[sudut tepat]]. Pembahagian diberi nama, bukannya menggunakan awalan: ''gon'' dibahagi kepada 100 ''minit desimal'', minit desimal bagi setiap 100 ''saat desimal''. Sistem tradisi, yang berasal dari Babylon, mempunyai 360 ''darjah'' dalam bulatan, 60 ''minit kecil'' (juga dikenali sebagai gerbang kecil (''arcminutes'')) dalam darjah, dan 60 ''saat gerbang'' (juga dikenali sebagai gerbang saat (''arcseconds'')) dalam seminit. Penjelasan "gerbang (''arc'')" dibuang sekiranya ianyaia jelas dalam konteks bahawa kita tidak bercakap mengenai minit dan saat bagi masa. Kadang kala sudut diberikan sebagai darjah perpuluhan, contohnya, 26.4586 darjah, atau dalam unit lain seperti [[radian]] (terutamanya dalam kegunaan sains selain selain [[astronomi]]) atau ''angular mil''.
 
== Sejarah ==