Lord Voldemort: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
TXiKiBoT (bincang | sumb.)
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 93:
Dalam banyak perkara, Voldemort dilihat sebagai orang yang anti-sosial; zalim, tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan. Dia menafikan hak dan perasaan orang lain dan merasakan dunia ini di bawah kehendaknya.
 
Perangai Voldemort telah menjadi-jadi sejak kecil. Dia mahu menjadi "istimewa" dan "hebat" dan dia berupaya mengawal sihir tanpa tongkat sakti pada usia yang sangat muda. Dia mula membenci namanya sendiri kerana ianyaia berkaitan nama ayahnya yang dibenci dan juga sebab nama "Tom" yang terlalu biasa di [[England]] dan berminat dengan nama Riddle. Dengan itu, dia mencipta nama baru melalui pengubahsuaian atau anagram.
 
Seperti [[Darth Vader]] yang "lebih seperti mesin dari manusia," Voldemort pula "lebih seperti hasil sihir dari manusia." Apabila menerangkannya lepada Harry, Hagrid menyifatkannya tidak seperti manusia untuk dia mati.
Baris 103:
Dalam keangkuhannya, Voldemort juga kadang kala menunjukkan kesilapannya yang sering lupa dalam perkara yang kecil yang membawa kepada kesilapan. Dalam buku pertama, dia menyatakan yang dia terlupa akan sumpahan pelinduing yang ditinggalkan ibu Harry ketika mengorbankan diri untuk menyelamatkan Harry. Dalam buku yang kedua juga terlupa yang air mata Phoenix mampu menyembuhkan luka. Ada juga yang berpendapat yang lirikan mata Dumbledore ketika Harry memberitahu Voldemort telah kembali dengan menggunakan darahnya seolah-olah menunjukkan yang Voldemort terlupa sesuatu.
 
Tongkat sakti Voldemort diperbuat dari kayu yang bermutu yang menghasilkan cecair beracun, 13 ½ inci panjang dan mempunyai teras bulu Phoenix. Dalam filem, ianyaia mempunyai pemegang dari tulang. Pembuat tongkat sakti itu, [[Ollivander]], memperolehi bulu phoenix dari phoenix peliharaan Dumbledore, Fawkes. Yang ganjilnya, Fawkes memberika dua helai bulunya dan satu lagi itu berada diteras tongkat sakti kepunyaan Harry. Oleh kerana tongkat mereka mempunyai teras yang berasal dari punca yang sama, ianyaia tidak akan berkesan dengan baik apabila menentang satu sama lain. Malah, apabila mereka memaksa untuk berlawan juga, apa yang akan berlaku ialah ''Priori Incantatem'' (Incantatelm Terdahulu) atau "pembalik kesan jampi," yang mana setiap tongkat sakti akan memaksa yang lagi satu untuk menunjukkan semula bayangan jampi yang telah mereka lakukan dalam susunan kronologi terbalik. Perkara ini memainkan peranan penting ketika Harry melarikan diri dari Voldemort dalam ''[[Harry Potter dalam Piala Api]]''.
 
Selepas beberapa spekulasi yang ditimbulkan Rowling yang memberitahu ketakutan sebenar Voldemort ialah "kematian yang mengaibkan," dan jika boggart muncul di hadapannya, ia akan menjelma menjadi mayatnya. Apa yang diidamkan Voldemort ialah mendai orang yang paling berkuasa dan abadi selamanya – yang mana dia dapat melihatnya jika melihat [[Barangan Sihir#Cermin Tarsah|Cermin Tarsah]]. Dumbleodre juga menyatakan yang dalam diam, Voldemort pating takuti mayat dan kegelapan, walaupun "suatu yang tidak kita ketahuilah yang kita takuti apabila kita melihat kematian dan kegelapan. Tidak lebih dari itu".
Baris 115:
 
==Voldemort dalam filem==
Dalam ''[[Harry Potter and the Sorcerer's Stone (filem)|Harry Potter and the Sorcerer's Stone]]'', dia berada di belakang kepala Quirrell. Hal ini menggunakan bantuan imej janaan computer dan menggunakan suara Richard Bremmer. Dalam filem itu juga, dia kelihatan dalam imbas kembali ketika tiba di rumah James dan Lily Potter untuk membunuh mereka. Dalam babak ini, ianyaia dilakonkan oleh Ian Hart, pelakon yang sama melakonkan [[Profesor Quirrell|Quirrell]] dalam filem itu.
 
Dalam ''[[Harry Potter and the Chamber of Secrets (filem)|Harry Potter and the Chamber of Secrets]]'', Voldemort muncul sebagai memorinya ketika masih muda, iaitu pelajar Hogwarts, Tom Marvolo Riddle lakonan Christian Coulson.