Heckler & Koch UMP: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
AlleborgoBot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: it:Heckler & Koch UMP
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 46:
 
==Pengenalan==
Heckler & Koch UMP adalah salah satu evolusi dari sistem senjata MP5 yang sedia ada dan ianyaia seperti satu kerangka submesingan yang belum siap sepenuhnya. Rekabentuk amat mudah dan semua tombol kawalan diletakkan pada kedudukan yang mampu memberikan pengguna mengendalikannya dengan pantas dan berkesan.
 
Bahagian badan UMP diperbuat daripada bahan gentian kaca dan digabungkan dengan bahan plastik polimer yang menjadikan senjata ini bertambah kukuh dan ringan. Tambahan lagi, berat UMP bagi kaliber 9 mm ini adalah 0.45 kg (bersamaan 1 lb) beratnya dengan peralatan bagi MP5. Sistem ini menggunakan menggunakan kitaran mekanikal dengan melalui sistem gas dan juga menggunakan sistem bolt tertutup yang menjadikannya begitu efektif bagi pertempuran jarak dekat. Selain itu, terdapat tapak bagi memasang landasan Picatinny pada bahagian atas dan bawah laras serta kiri dan kanan pengadang tangan yang membolehkan ianyaia boleh dikembarkan dengan mana-mana peralatan sokongan bagi pengoperasiannya di kawasan pertempuran. Bahagian udinya boleh dilipatkan ke sebelah kanan senjata dengan menekan butang pada bahagian belakang udi ke bahagian dalam. Sistem ini melaksanakan tembakan sebanyak 600 butir dalam seminit dan berkemampuan menjatuhkan sasaran yang tidak dilindungi dengan peralatan perlindungan, atau lebih dikenali sebagai ''stopping power''. Sistem ini menggunakan 3 kekunci utama yang sama seperti senjata-senjata HK yang lain, iaitu S: Safe; Pengunci ''(Sicher),'' E: Separa Automatik ''(Einzelschuss),'' F: Semburan Automatik ''(Feuerstoß).''
 
Kos pembuatan bagi senjata UMP ini juga dikatakan jauh lebih murah berbanding dengan senjata [[Heckler & Koch MP5]]. Ini boleh dilihat dengan rekabentuknya yang nampak jauh lebih mudah berbanding dengan senjata-senjata submesingan yang lain. Ini menjadikan sistem ini mampu dibeli oleh mana-mana organisasi keselamatan yang mempunyai pembelanjaan negara yang sederhana dan terhad.