Kapak: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Robot: interwiki standardization
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 43:
* '''Kapak Perang''' <br> Kapak Perang sepanjang lengan manusia dan digunakan menggunakan satu ataupun kedua tangan. Kapak jenis ini berat untuk memberikan daya ayunan yang baik, dan mempunyai kepala kapak yang lebar. Apabila diayun, ia mempunyai daya memotong yang lebih baik berbanding pedang lebar (broadsword) dan boleh memutuskan anggota badan pihak lawan dengan sekali ayunan.
 
* '''[[Tomahawk]]''' <br> Tomahawk adalah kapak yang digunakan oleh kaum pribumi benua Amerika (sering kali silap dipanggil sebagai [[Red Indian]]). Pada asalnya mata kapak jenis Tomahawk dibuat daripada batu, tetapi kemudiannya dibuat daripada besi. Senjata ini boleh dibaling kerana ianyaia ringan. Ia juga mudah digunakan dalam pertempuran jarak dekat. Selain itu, tomahawk juga mempunyai keistimewaan menjadi bahan istiadat.
 
* '''Valaška''' <br> Valaška digunakan oleh gembala [[kambing]] kaum [[Slav]] dan mempunyai kepala kapak kecil untuk pertahanan diri. Hujungnya mempunyai pemegang yang membolehkannya digunakan sebagai tongkat untuk membantu mereka mendaki tebing bukit dan gunung semasa membawa kambing mereka ke padang ragut. Valaška juga digunakan sebagai alat dalam tarian ''odzemok.''