Lapan jam sehari: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Escarbot (bincang | sumb.)
k bot Menambah: da:8-timers arbejdsdag
ArrazzazBot (bincang | sumb.)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-ianya +ia)
Baris 14:
Di Amerika Syarikat, tukang-tukang kayu Philadelphia telah mogok dalam tahun [[1791]] memperjuangkan sepuluh jam sehari. Semenjak dari 1830-an, mogok ini telah menjadi satu permintaan yang umum. Dalam tahun [[1835]], pekerja-pekerja di Philadelphia mengatur satu mogok umum, diketuai oleh pelombong arangbatu Irish. Panji-panji mereka tertulis, ''Daripada 6 ke 6, sepuluh jam bekerja dan dua jam untuk makan.'' Penerbitan-penerbitan pergerakan buruh ini telah menyeru untuk ''lapan-jam sehari'' seawal tahun [[1836]]. Tukang-tukang binaan kapal laut Boston , walaupun tidak bersatu, memperolehi lapan-jam sehari dalam tahun [[1842]].
 
Pada tahun [[1864]], isu lapan jam sehari menjadi tunggak bagi tuntutan bagi pergerakan buruh [[Chicago]]. Perwakilan Illinois kemudiannya meluluskan undang-undang pada awal tahun [[1867]] meluluskan masa berkerja selama lapan jam sehari tetapi ia mempunyai begitu banyak kelemahan menyebabkan ianyaia hampir tidak berkesan. Para pekerja kemudiannya mogos seluruh bandar bermula pada [[1 May]] [[1867]], menutup ekonomi bandar tersebut selama satu minggu sebelum gagal. Pada tahun [[1868]], Kongres meluluskan undang-undang lapan jam waktu bekerja bagi pekerja pusat, tetapi juga terbukti kurang berkesan.
 
Dalam bulan Ogos [[1866]] Kesatuan Pekerja Kebangsaan (''National Labor Union'') di [[Baltimore]] telah meluluskan satu resolusi yang menyatakan, "Keperluan pertama dan yang penting masa kini adalah membebaskan pekerja negara ini daripada perhambaan kapitalis, adalah dengan meluluskan satu undang-undang yang mana lapan jam akan menjadi hari bekerja yang normal dalam seluruh negeri kesatuan Amerika. Kita akan memberikan segala kekuatan yang ada sehinggalah keputusan kemenangan ini dicapai."