Aturan Undang-Undang: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
 
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Aturan Undang-Undang''' secara amnya bermaksud [[rakyat]] harus mematuhi serta diperintah menurut [[undang-undang]]. Namun, mengikut teori politik dan perundangan ianya mempunyai definisi yang lebih mendalam iaitu [[kerajaan]] sepatutnya diperintah oleh undang-undang. Frasa yang kerap digunakan ialah "kerajaan menurut undang-undang dan bukannya rakyat" ''government by law and not by men''.
 
== Konsep Undang-Undang yang berkaitan ==
 
Pada amnya konsep "Aturan Undang-Undang" adalah berkaitrapat dengan beberapa konsep perundangan yang lain, termasuk:
 
*''Nullum crimen, nulla poena sine praevia lege poenali'' - Tiada undang-undang ex post facto
*Anggapan Tidak Bersalah - Semua individu dianngap "tidak bersalah sehingga terbukti bersalah"
*Double jeopardy - Setiap individu hanya boleh dihukum sekali untuk jenayah tertentu yang dilakukannya. [[Perbicaraan semula]] mungkin atau tidak mungkin dibenarkan sekiranya terdapat bukti-bukti yang baru. Lihat juga ''res judicata''.
*Hak Saksama Guaman - Semua individu mempunyai hak yang sama mendapat bantuan guaman tidak kira status, [[agama]], [[bangsa]], kecenderungan politik dan sebagainya Seperti kata [[Montesquieu]], "undang-undang ialah seperti ajal, tiada seorang yang akan terlepas"
*''Habeas Corpus'' - Terma Latin yang membawa maksud "seseorang mesti bertubuh". Oleh itu, seseorang yang ditahan berhak diberitahu tentang [[jenayah]] yang dilakukannya atau tuduhan keatasnya, dan memohon supaya penahanannya disemak semula oleh badan kehakiman. Seseorang yang ditahan secara haram seharusnya dibebaskan.