Frontpage (siri TV): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
KLITE789 (bincang | sumb.)
Baris 74:
!width=1%| # !!width=12%| Tajuk !!width=12%| Tarikh siaran !! Sinopsis
|-
| 1 || No Way Out || [[7 September]] [[2008]] || Geng Kapak semakin digeruni kerana jenayah ganas mereka. Seorang ahli geng menyedari kesilapan menyertai kumpulan itu dan amat terdesak untuk meninggalkannya, sungguhpun sedar tidak mungkin dia dapat melepaskan diri hidup-hidup kerana dia sudah mengetahui banyak rahsia gengnya. Satu-satunya harapan adalah memastikan gengnya ditahan tanpa mengetahui penglibatannya. Pembelot geng itu menghubungi Jack Lee, wartawan terbaik akhbar the Voice, untuk meminta bantuan. Jack menjebakkan dirinya ke dalam kes itu dan bertungkus-lumus menolong orang itu.
|-
| 2 || Pieces of You || [[14 September]] [[2008]] || Seorang bomoh bernama Maya Saari bersama seorang anak lelakinya membunuh seorang ahli niaga tersohor, lalu [[Hukuman mati|dihukum mati]]. Sebelum digantung, Maya meminta Jack ke sisinya untuk membongkarkan satu rahsia, iaitu satu senarai pelanggannya, bersama gambar foto sebagai bukti kukuh. Sememangnya diketahui bahawa semua bekas pelanggan Maya merupakan antara golongan ternama dalam masyarakat Malaysia, dan setiap seorangnya pasti bakal menempah bahawa seandainya Maya hendak mendedahkan amalan [[ilmu hitam]] mereka. Jack menyedari nyawanya terancam apabila seseorang berusaha memastikan rahsia Maya sentiasa terlindung.<br>Kisah ini diilhamkan oleh kes [[Mona Fandey]] yang menyaksikan pengamal sihir hitam ini dihukum gantung pada tahun 2001 atas kesalahan membunuh dan mencincang seorang ahli politik pada tahun 1993.
|-
| 3 || In the Name of the Father || [[21 September]] [[2008]] || Jaguh badminton Annie Ong kembali ke tanah air setelah menjuarai satu kejohanan, disambut oleh pujian dan sanjungan media, tetapi Annie segan untuk menerima temubuah. Pada hari seterusnya, dia ditemui mati di asramanya, mual-mulanya disangka [[bunuh diri]]. Pemergiannya bukan sahaja menggemparkan seluruh negara, malah membingungkan kerana seseorang yang hidupnya masih penuh erti pun mengambil nyawa diri. Jack dan Rebecca menyedari sememangnya ada udang di sebalik batu.
|-
| 4 || Ride to Hell || [[28 September]] [[2008]] || Bekas teman wanita Dylan memintanya agar membantu mencari adik perempuannya yang hilang. Maka Dylan terus pergi menyiasat, dan dari itu dia mendapati wujudnya gadis-gadis yang lari dari rumah bersama teman lelaki [[mat rempit]]. Sekali tersilap langkah, dahsyat sekali padahnya.
<!--What event inspired this?-->
|-
| 5 || Queen for a Day || [[5 Oktober]] [[2008]] || Seorang ratu cantik menjulang takhta selama sehari sahaja sebelum dibunuh dengan kejamnya. Ramai sekali suspek-suspek di sebalik tragedi ini. Nampaknya, walaupun keluarganya bertegas dia kuat moralnya, tetapi Nerina dan Jack mendapati terdapat ramai lelaki yang pernah melawatnya sepanjang tahun yang lalu.
<!--What event inspired this?-->
|-
| 6 || The Secret Kingdom || [[12 Oktober]] [[2008]] || Seorang gadis misteri dijumpai di hutan, berlumuran darah dan bernyawa-nyawa ikan. Rebecca mengenal pasti lambang cangkuk yang tertera pada badan gadis itu sebagai lambang [[ajaran sesat]] pimpinan seorang Guru bernama Jannatul Adawiyah ([[Hasni Maulod]]). Jack mencuri masuk ajaran sesat yang mengamalkan agama sendiri dan percaya ketua mereka itu Tuhan. Rebecca pun ikut sekali walaupun ditegah Jack.
|-
| 7 || MMS || [[19 Oktober]] [[2008]] || Jin dan Black mengunjungi kelab malam bersama-sama, tiga malam seminggu sehingga matahari terbit. Suatu malam, Jin yang dipengaruhi dadah cuba berpacaran dengan seorang gadis tetapi ditolak. Dengan rasa hampanya, Jin meluahkan hasratnya untuk mengajar gadis itu kepada Black. Pada hari kemudiannya, Black menerima kiriman [[MMS]] yang mengandungi rakaman gadis tadi tengah diseksa lalu dibunuh. MMS itu pun tersebar ke seluruh kota dan Dylan pergi menerjah kisah di sebalik MMS itu.
|-
| 8 || Lights, Camera, Action || 26 Oktober 2008 || Seorang pelakon terkenal terbunuh ketika menjalani penggambaran. Adakah ini sekadar kemalangan, atau pembunuhan yang dirancang dengan rapi sekali? Ramai sekali suspeknya dalam misteri ini: sutradara yang kebuntuan, budak props yang cemburu, pelakon wanita yang teresak-esak, dan sebagainya. Terpulang pada Rebecca dan Lulu untuk membongkar kisah benar di sebalik cereka ini.<br>Sementara di pejabat The Voice, Andrea selaku ketua penyunting tertekan menyiasat perihal iklan ceti haram tersiar dalam akhbar yang sudah mengakibatkan tragedi. Akhirnya, Andrea ditembak dari belakang di tempat letak kereta.
|-
| 9 || Taxi Driver || 2 November 2008 || Seorang pembunuh bersiri sedang berkeliaran. Seorang pemandu teksi ([[Sofi Jikan]]) yang ketakutan meminta bantuan Jack kerana pembunuh itu pernah mencuri teksinya ke tempat pembunuhan lalu menyuruhnya berdiam diri. Oleh kerana tidak mahu dianiaya kerana dikaitkan dengan pembunuhan, maka dia perlu memberitahu sesiapa sambil menggeruni pembunuh itu. Jack meminta pemandu itu mengekori pembunuh itu.<br>Andrea meninggal dunia akibat tembakan di belakang. Nerina pergi ke rumah seorang mangsa ceti haram lalu mendapati dia ada kena-mengena dengan pembunuhan Andrea. Sementara itu, Jack mendapati pemandu teksi itulah penyangak yang dicari-cari, rupa-rupanya dia mengalami masalah personaliti terbelah dua.
|-
| 10 || Gone Baby Gone || 9 November 2008 || Seorang kanak-kanak lelaki bernama Aiman diculik dari tapak bermain. Penculiknya mengugut agar diberi wang tebusan agar dia dikembalikan dengan selamat. Gara-gara tiada cara lain, ibu bapanya terpaksa memalsukan penyakit jantung bayi perempuan mereka semata-mata untuk memenuhi wang tebusan itu. Nerina berasa curiga melihat laporan mengenai mereka lalu hendak menyiasat. Dia bersama Rebecca mengikut jejak ibu bapa tersebut ke arah penculiknya yang rupa-rupanya bekas suri rumah di keluarga Aiman serta seorang rakan. Sementara itu, Jack sukar menyesuaikan dirinya dengan ketiadaan Andrea; dia dinaikkan pangkat menjadi Penyunting tetapi merasa dirinya seolah-olah tidak layak menerima jawatan itu.
|-
| 11 || Shufflers || 16 November 2008 ||
|}