Kacang soya: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Niduzzi (bincang | sumb.)
k Kacang Soya dipindahkan ke Kacang soya menerusi pelencongan
Niduzzi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{Hidupan
[[Imej:YosriKacangSoya.jpg|thumb|300px|Kacang soya.]]
|Nama hidupan=Kacang soya
|Gambar=Soybean.USDA.jpg
|Alam=Tumbuhan
|Filum=
|Subfilum=
|Divisi=Magnoliophyta
|Kelas=Magnoliopsida
|Susunan=Fabales
|Famili=Fabaceae
|Genus=Glycine
|Spesies=G. max
|Binomial=Glycine max
|Subspesies=
}}
 
'''Kacang soya''' ialah sejenis tumbuhan yang berasal dari [[Asia Timur]]. Pokoknya yang tegak dan rimbun berukuran sehingga 70 [[Meter|sentimeter]]. Bunganya berbentuk gumpalan dan berwarna putih atau unggu. Nama saintifiknya ''Glycine max''.
'''Kacang Soya''' merupakan sejenis kekacang yang boleh dimakan dan ditanam secara meluas.
 
Kacang soya hijau berbentuk gumpalan 3 - 15, berbulu, berwarna hijau, mengandungi 2 - 4 biji, panjangnya 3 - 7 cm. Kacang soya berbentuk bulat, berwarna kuning ke hijau kekuningan. Pokok kacang soya mempunyai akar tunjang sepanjang 15 cm. Akar adventitius tumbuh daripada hipokotil. Nodul akar adalah kecil dan berbentuk sfera.
 
Kacang soya adalah [[legume]] berprotein tinggi (keluarga [[Fabaceae]]) yang ditanam sebagai [[makanan]] bagi [[manusia]] dan [[ternakan]]. Perkataan soy diambil daripada perkataan [[bahasa Jepun]] ''[[shoyu]]'' (kicap).
 
Kacang soya dianggap sebagai sumber [[Protein#Protein dan zat|protein lengkap]], contoh, protein yang mengandungi sejumlah besar kesemua [[asid amino penting]] yang diperlukan oleh tubuh manusia kerana ketidakupayaan badan manusia bagi menghasilkannya. Dengan sebab ini, kacang soya amat penting bagi kebanyakan pemakan sayuran atau ''vegan''. Protein kacang soya pada asasnya sama dengan biji legum lain (''pulses''). Bijiran bukan legum yang lain mempunyai profil yang setanding dengan kacang soya adalah bijiran, [[oat]] {''Avena sativa''} dan kemungkinannya [[kuinoa]].
 
 
==Aplikasi ==
Kacang soya merupakan tanaman penting di [[Amerika Syarikat]] dimana ia merupakan sumber minyak dan makanan ternakan utama. Di Asia, kacang soya adalah penting bagi penghasilan barangan makanan seperti [[kicap]], dan [[tempe]].
 
Kacang soya yang direbus bersama kelongsongnya dan dihidangkan dengan garam, dipasarkan dibawah nama Jepun ''edamame''. Kacang soya yang disediakan dengan cara ini merupakan makanan snek popular di [[Hawaii|Hawai'i]] dimana, sebagaimana di [[Jepun]], [[China]], dan [[Korea]], kacang soya dan keluaran dari kacang soya seperti ''([[miso]]'', ''[[natto]]'', [[tauhu]], ''[[douchi]]'', dll.) membentuk sebahagian besar diet permakanan.
 
Kacang soya boleh diproses dengan pelbagai cara. Bentuk biasa hasil soya termasuk termasuk makanan soya (digunakan untuk makanan ternakan), tepung soya, [[tauhu]], ''[[textured vegetable protein]]'' (TVP, yang dijadikan pelbagai jenis [[makanan pemakan sayuran]], sesetengah daripadanya bertujuan bagi menyerupai [[daging]]), [[tempe]], soya [[lecithin]] dan [[minyak sayuran]]. Kacang soya juga merupakan bahan utama dalam penghasilan [[kicap]].
 
[[George Washington Carver]] mengetahui kacang soya sebagai sumber penting protein dan minyak. Dia juga menggalakkan petani agar mengamalkan tanam bergilir (''crop rotation''). Kekacang, kacang soya, [[ubi keledek]] atau sebarang tanaman yang mampu mengembalikan [[nitrogen]] dan [[mineral]] kepada tanah ditanam selang dua tahun dan kemudiannya [[kapas]] pada tahun ketiga.
 
[[Imej:Soybeans.jpg|thumb|left|200px|Kacang soya di tanah sepanjang Asia dan Amerika Selatan dan Utara.]]
 
Kebanyakan keluaran tenusu telah ditiru menggunakan kacang soya, dan keluaran seperti [[susu soya]], [[yogurt]] soya dan soy [[cream cheese]] terdapat dengan mudah dikebanyakan [[supermarket]]. Keluaran ini mempunyai tekstur dan bentuk yang serupa dengan keluaran berasaskan susu, bagaimanapun hasil soya tidak mengandungi jumlah kalsium yang banyak, kerana jumlah kalsium yang tinggi dalam kacang soya terikat dengan bentuk tidak larut dan kekal dalam [[okara]]. Dengan itu, kebanyakan pengeluar kacang soya menjual keluaran diperkaya dengan kalsium juga. Tofu sering mengandungi sejumlah besar mineral penting ini kerana garam kalsium digunakan bagi pemejal protin dalam susu soya bagi menghasilkan tahu (''tofu''). Tambahan lagi, protin soya telah didapati mengurangkan penyingkiran kalsium oleh [[buah pinggang]], kesan yang ditingkatkan lagi dengan kandungan tinggi kalsium dalam keluaran soya. Kebanyakan keluaran soya dewasa tidak sepatutnya diberikan kepada bayi, walaupun formula yang dirumus khusus bagi bayi telah dihasilkan masa kini. Sebagai mana formula tenusu, formula berasaskan soya mengandungi vitamin tambahan dan zat lain ditambah kepadanya untuk menjadikannya sesuai bagi keperluan bayi. Dalam sesetengah kes, bayi yang diberikan susu soya dewasa secara berpanjangan menjadi kekurangan zat teruk dan ada yang mati. Tambahan lagi, alahan soya adalah salah satu bentuk alahan makanan yang biasa.
 
Kacang soya juga digunakan dalam barangan pengilangan termasuk minyak, [[sabun]], [[kosmetik]], [[resin]], [[plastik]], [[dakwat]], [[krayon]], [[pelarut]], dan [[biodisel]].
 
==Penghasilan kacang soya ==
{{seealso|Minyak sayuran}}
 
[[Imej:Soybeanvarieties.jpg|thumb|right|200px|Pelbagai jenis kacang soya digunakan bagi pelbagai kegunaan.]]
Kacang soya adalah tumbuhan tempatan bago [[Asia]] tenggara, tetapi 45 peratus daripada kawasan kacang soya dunia, dan 55 peratus penghasilan adalah di [[Amerika Syarikat]]. US menghasilkan 75 milion tan metrik kacang soya pada tahun 2000 yang mana satu per tiga dieksport. Pengeluar utama lain adalah [[Brazil]], [[Argentina]], [[China]], dan [[India]]. Kebanyakan keluaran US adalah sebagai makanan haiwan atau dieksport, walaupun pengambilan soya oleh penduduk US semakin meningkat. Walaupun kacang soya telah dipuji kerana pelbagai kualitinya, kumpulan alam sekitar seperti [[Greenpeace]] telah membuat aduan bahawa penanaman kacang soya di Brazil mendorong pengondolan hutan hujan Amazon.
 
Kacang soya merangkumi 80% minyak boleh dimakan di Amerika Syarikat. Penghasilan minyak kacang soya dilakukan dalam bentuk besar-besaran di U.S., terutamanya oleh [[Cargill]]. Kacang soya (18-20% berat kering. minyak) dilenyek dan dihancurkan, kemudian [[extraction|extracted]] dengan [[cyclohexane]]. Minyaknya dicampur bagi penggunaan, dan kadang kala di [[hidrogenate]]. Minyak ini kemudiannya dijual keluar negara, dijual sebagai minyak sayuran, atau dijadikan pelbagai jenis makanan tersedia. Proses baru meningkatkan protin tersedia diasingkan bagi tambahan makanan atau makanan kesihatan tambahan. Sisa kelongsong kacang soya kebanyakannya digunakan sebagai makanan haiwan.
 
Kacang soya merupakan tanaman yang genetiknya sedang diubahsuai, dan [[Organisma terubah suai secara genetik|GMO]] kacang soya digunakan dalam penghasilan yang semakin meningkat. Ketika ini, 80% daripada kesemua kacang soya yang ditanam bagi pasaran perdagangan adalah diubahsuai secara genetik. [[Monsanto]] adalah pemimpin dalam pengeluaran kacang soya yang diubahsuai secara genetik bagi pasaran perdagangan. Apabila hasil soya khusus seperti tahu dan susu soya bertambah popular, pengeluaran akan berubah daripada syarikat bukan GMO, organik, sedar-kesihatan kepada syarikat besar yang membeli daripada pembekal makanan umum. Dari segi ini, harga tahu dan susu soya menurun berbanding barangan lama ada seperti daging dan susu.
 
==Lihat juga==
*[[Pokok bermula dengan K|Senarai pokok]]
*[[Biodisel]]
*[[Karat kacang soya]]
*[[Air kacang soya|Susu soya]]
*[[Protein soya]]
*[[Kicap]]
*[[Tempe]]
 
== Rujukan ==
* {{en}} [http://www.ncsoy.org/History_of_Soybeans/history_of_soybeans.htm] Dimuat turun 25 Julai 2005.
* {{en}}[http://www.soygrowers.com/] Dimuat turun 25 Julai 2005.
 
== Pautan luar ==
* {{en}} [http://www.soya.be Soya]
* {{en}} [http://www.nutritiondata.com/foods-soybeans000000000000000000000.html Nutrition data]
* {{ms}} http://agrolink.moa.my/doa/BM/Croptechbm/botanisoya.html
 
[[Kategori:Fabales]]
[[Kategori:Kacang|Soya]]
 
[[ar:فول الصويا]]
[[Kategori:Kacang|Kacang Soya]]
[[gn:Sóha]]
[[id:Kedelai]]
[[bs:Soja]]
[[bg:Соя]]
[[ca:Soia]]
[[cs:Sója]]
[[da:Sojabønne]]
[[de:Sojabohne]]
[[et:Sojauba]]
[[en:Soybean]]
[[es:Glycine max]]
[[eo:Sojfabo]]
[[fa:سویا]]
[[fr:Soja]]
[[gl:Soia]]
[[ko:대두]]
[[hsb:Soja]]
[[hr:Soja]]
[[ia:Soya]]
[[is:Sojabaun]]
[[it:Glycine max]]
[[he:פולי סויה]]
[[sw:Soya]]
[[la:Glycine (genus)]]
[[lt:Gauruotoji soja]]
[[hu:Szójabab]]
[[mk:Соја]]
[[nl:Sojaboon]]
[[ja:ダイズ]]
[[no:Soyabønne]]
[[nn:Soyabønne]]
[[pl:Soja zwyczajna]]
[[pt:Soja]]
[[ro:Soia]]
[[qu:Suya]]
[[ru:Соя]]
[[simple:Soybean]]
[[sk:Sója fazuľová]]
[[sl:Soja]]
[[sr:Соја]]
[[fi:Soijapapu]]
[[sv:Sojaböna]]
[[tl:Balatong]]
[[ta:சோயா அவரை]]
[[te:సోయా చిక్కుడు]]
[[th:ถั่วเหลือง]]
[[vi:Đậu tương]]
[[tr:Soya]]
[[uk:Соя]]
[[zh-yue:黃豆]]
[[zh:大豆]]