Alanis Morissette: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
ZcrBz (bincang | sumb.)
k Alanis Morissette dipindahkan ke Alanis Nadine Morissette: Ejaan nama sebenar
ZcrBz (bincang | sumb.)
kTiada ringkasan suntingan
Baris 21:
}}
 
'''Alanis Nadine Morissette''' (lahir '''Alanis Nadine Morissette''' di Ottawa, 1 Jun 1974) ialah penyanyi, penggubah lagu, penerbit rakaman dan pelakon wanita kelahiran [[Kanada]] yang berkerakyatan [[Amerika Syarikat]]. Beliau terkenal sebagai salah seorang penyanyi dengan penjualan album antara yang tertinggi dalam sejarah industri muzik. Alanis juga telah memenangi tujuh [[Anugerah Grammy]] setakat ini.
 
Beliau memulakan perjalanan sebagai penghibur di Kanada dengan kemunculan dua album pop sewaktu kecil, ''Alanis'' dan ''Now is the Time'' di bawah naungan MCA Records. Namun album antarabangsa Alanis pertama [[Jagged Little Pill]] yang berunsurkan rock, menjulang nama beliau ke persada dunia hiburan. ''Jagged Little Pill'' terjual sebanyak tiga puluh juta unit, menjadikannya album pendatang baru wanita terlaris sepanjang waktu. Menurut ''United World Chart'', ''Jagged Little Pill'' ialah album kedua terlaris sepanjang waktu selepas ''Come on Over'' oleh [[Shania Twain]].