Baiat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
{Islam}}
 
Baiat adalah akad antara umat dan calon [[Khalifah]] untuk menjadi [[Khalifah]] atas dasar redha dan pilihan, tanpa ugutan dan paksaan. Allah S.W.T melalui Rasulullah s.a.w. telah menggariskan bahawa akad tersebut adalah Baiat.<br />
 
Baris 5 ⟶ 7:
==Hadis Tentang Baiat==
 
Banyak hadis sahih yang menjelaskan bahawa seseorang sah sebagai [[Khalifah]] jika diangkat melalui proses Baiat. Para sahabat pun melakukan hal yang sama. Tidak pernah seseorang menjadi [[Khalifah]] tanpa dibaiat. [[Abu Bakar]] menjadi [[Khalifah]] bukan hasil musyawarah memutuskan beliau sebagai [[Khalifah]], tetapi setelah beliau dibaiat di Saqifah. [[Umar]] menjadi [[Khalifah]] bukan setelah pengumuman [[Abu Bakar]] tentang hasil musyawarah kaum Muslim, melainkan setelah beliau dibaiat. Demikian juga dengan [[Uthman bin Affan|Uthman]] dan [[Ali]]. Berdasarkan hal tersebut dapat dikatakan bahawa baiat merupakan satu-satunya cara tetap (thariqah) pengangkatan [[Khalifah]]. Sekalipun disetujui majoriti rakyat atau wakilnya, seseorang belum menjadi [[Khalifah]] sebelum dibaiat. Begitu juga, warisan atau sistem putera mahkota bukanlah cara pengangkatan [[Khalifah]].<br />
 
==Dua Jenis Baiat==