Tahun Baru Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Laman baru: thumb|''[[Kadomatsu'' merupakan hiasan tradisi sambutan tahun baru.]] Masyarakat Jepun menyambut Hari Tahun Baru pada setiap [[1 Januari...
 
Baris 8:
Masyarakat Jepun menghantat poskad ini agar sempat disampaikan pada 1 Januari. Pihak perkhidmatan pos menjamin agar poskad ucapan sempat dihantar pada 1 Januari jika dikirim dalam had masa tertentu, iaitu sekitar pertengahan bulan Disember, serta ditandai kata-kata ''nengajo''. Untuk mengirim kad-kad tersebut tepat pada masanya, pejabat pos biasanya mengupah golongan pelajar secara sambilan untuk membantu menghantar poskad.
 
Mengikut adat, poskad ini tidak wajar dikirim jika berlakunyaterjadinya [[kematian]] dalam keluarga sepanjang tahun yang berlalu. Oleh itu, sepucuk poskad yang ringkas dihantar untuk memesan sanak-saudara agar tidak menghantar poskad tahun baru yang ceria, sebagai tanda hormat kepada yang meninggal.
 
Poskad Tahun Baru boleh dijumpai di mana-mana sahaja. Contohnya, kedai alat tulis menjual kad tercetak. Kebanyakan poskad ini berhiaskan bintang [[zodiak Cina]] bagi tahun baru dan ucapan tahun baru. Zodiak Cina terdiri daripada kitaran 12 tahun, setiap tahun diwakili sejenis haiwan, mengikut urutan berikut: [[Tikus (zodiak)|tikus]], [[Lembu (zodiak)|lembu]], [[Harimau (zodiak)|harimau]], [[Arnab (zodiak)|arnab]], [[Naga (zodiak)|naga]], [[Ular (zodiak)|ular]], [[Kuda (zodiak)|kuda]], [[Kambing (zodiak)|biri-biri]], [[Monyet (zodiak)|monyet]], [[Ayam (zodiak)|ayam]], [[Anjing (zodiak)|anjing]], dan [[Khinzir (zodiak)|babi hutan]]. Misalnya, 2006 ialah tahun anjing, 2007 ialah tahun babi, 2008 ialah tahun tikus, dan 2009 pula tahun lembu. Watak haiwan kartun juga dijadikan hiasan bersesuaian dengan bintang zodiak yang disambut, contohnya kad tahun baru 2006, dihiasi watak anjing seperti [[Snoopy]], manakala kad ucapan 2008 pula diserikan watak [[Mickey Mouse]] dan [[Minnie Mouse]].