Tahun Baru Jepun: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Baris 36:
 
Pada hari tahun baru, masyarakat Jepun mengamalkan adat memberikan wang kepada anak-anak yang dikenali sebagai {{nihongo|''otoshidama''|お年玉}}. Wang hadiah ini disampaikan dalam sampul kecil bergelar 'pochibukuro,' serupa dengan [[angpau]] Cina. Ketika [[zaman Edo]], gedung besar dan keluarga kaya mengedarkan karung mochi dan [[limau mandarin]] untuk menyebarkan kebahagiaan ke merata tempat. Jumlah wang yang diberikan bergantung pada usia anak itu tetapi sama-rata jika adanya lebih dari seorang anak agar tiada sesiapa yang berasa tersisih.
 
==Puisi==
Tradisi Tahun Baru juga menyentuh bidang [[puisi Jepun]], termasuklah [[haiku]] dan [[renga]], khususnya puisi haiku dalam bentuk {{nihongo|''[[kigo]]''|季語||kata musim}}. Ada juga haiku yang menyanjung apa-apa yang "pertama" di tahun baru, seperti {{nihongo|"[[matahari|mentari]] pertama"|初日|hatsuhi}} {{nihongo|"matahari terbit pertama"|初日の出|hatsuhinode}}, {{nihongo|"senyuman pertama"|笑い初め|waraizome|memulakan Tahun Baru dengan senyuman adalah alamat bertuah}}, dan {{nihongo|"impian pertama"|初夢|[[hatsuyume]]}}. Oleh sebab sambutan Tahun Baru asalnya lebih lewat berbanding tarikh sekarang, permulaan musim bunga juga disebutkan.
 
Pada poskad tahun baru, haiku juga boleh bertulis {{nihongo|"surat pertama"|初便り|hatsudayori|pertukaran surat yang terawal}}, {{nihongo|"[[Kaligrafi|khat]] pertama"|書初め|[[kakizome]]}}, dan {{nihongo|"tulisan pertama"|筆初め|fude hajime}}.
 
==Permainan==
Permainan tradisi juga dijadikan adat resam tahun baru, termasuklah {{nihongo|''[[hanetsuki]]''|羽根突き||[[bulu tangkis]]}}, {{nihongo|''takoage''|凧揚げ||[[layang-layang]]}}, {{nihongo|''koma''|独楽||[[gasing]]}}, {{nihongo|''[[sugoroku]]''|双六||permainan papan}}, {{nihongo|''[[fukuwarai]]''|福笑い||pemain yang ditutup mata cuba meletakkan anggota muka seperti mata, hidung dan mulut pada muka kertas}}, {{nihongo|''[[karuta]]''|かるた||permainan kad}}, dan lain-lain lagi.
 
==Hiburan ==
Rancangan nyanyian {{nihongo|''[[Kōhaku Uta Gassen]]''|紅白歌合戦}} yang disiarkan rangkaian [[NHK]] menjadi pilihan ramai pada malam Tahun Baru, menyaksikan artis pop ternama dibahagi kepada dua pasukan berentap untuk memperagakan kehebatan bakat mereka.
 
==Lihat juga==