Perjanjian Pangkor: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 26:
Campurtangan [[Residen British|Residen Inggeris]] telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan orang-orang Melayu, khasnya golongan istana yang merasa kuasa mereka telah hilang. Rasa tidak senang itulah yang membuka jalan nekad orang [[Melayu]] Perak bertindak. Tanpa takut dan gentar, mereka telah berpakat membunuh Birch yang berjaya dilakukan pada tahun 1875 di [[Pasir Salak]]. Kejadian ini mengakibatnya beberapa siri peperangan antara Melayu Perak dan Inggeris hingga tahun 1876.
 
Ramai wira [[negeri Perak]] yang terlibat dalam pembunuhan Birch telah ditangkap dan dihukum bunuh. Antaranya Dato [[Dato' Maharaja Lela Pandak Lam|Maharaja Lela]], [[Datuk Sagor]], Si Puntum, Pandak Endut, Laksamana [[Laksamana Mohamad Amin|Mohamad Amin]], [[Ngah Ibrahim]] dan lain-lain. Sultan Abdullah pula disingkir ke [[Pulau Seychelles]].
 
Walaupun wira-wira bangsa ini berjaya dibunuh oleh Inggeris, namun peristiwa Pasir Salak itu telah mengajar Inggeris bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah dan memperbodohkan orang Melayu.
 
Dengan berjaya membantutkan penentangan Melayu, Inggeris berjaya mengukuhkan kedudukannya di Perak dan kemudiannya membuka lebih banyak lombong [[bijih timah]] di Perak dan ladang-ladang getah. Perak bersama [[Negeri Sembilan]], [[Selangor]] dan [[Pahang]] kemudiannya dikenali dengan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
 
== Rujukan ==