Rubidium: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
magnetized = termagnet
Tebu.an (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
 
Rubidium merupakan unsur alkali stabil kedua paling [[elektropositif]] dan cair pada suhu ambien yang tinggi, 39.3 [[Celsius|°C]] (102.7 [[Fahrenheit|°F]]). Setara dengan unsur kumpulan 1 yang lain, logam ini bertindak balas dengan kuat dalam air. Umumnya, tindak balas ini biasanya cukup kuat bagi menyalakan [[hidrogen]] terbebas apabila menggunakan kalium dan sesium. Rubidium juga dilaporkan menyala secara spontan dalam udara. Sepertimana logam alkali lain, ia membentuk [[amalgam (kimia)|amalgam]] dengan [[raksa]] dan ia boleh membentuk [[pancalogam]] dengan [[emas]], [[sesium]], [[natrium]] dan [[kalium]]. Unsur terbabit menghasilkan warna ungu kemerahan kepada api menyala, sebagaimana namanya iaitu ''ruby'' yang bererti kemerahan.
 
== Sejarah ==
 
Rubidium ([[Latin|L]] ''rubidus'', [[karmin (warna)|merah tua]]) telah ditemui pada tahun [[1861]] oleh [[Robert Bunsen]] and [[Gustav Kirchhoff]] dalam [[lepidolit]] [[galian]] menerusi penggunaan [[spektroskop]].<ref>{{cite journal
| title = Chemische Analyse durch Spectralbeobachtungen
| pages = 337–381
| author = G. Kirchhoff, R. Bunsen
| doi = 10.1002/andp.18611890702
| journal = [[Annalen der Physik und Chemie]]
| volume = 189
| issue = 7
| year = 1861}}</ref> Pengekstrakan 150 [[kilogram|kg]] [[lepidolit]] hanya menghasilkan beberapa gram untuk penganalisisan. Logam rubidium pertama dihasilkan dengan tindak balas rubidium klorida dengan kalium oleh Robert. Namun begitu, unsur ini mempunyai kegunaan perindustrian yang minimum sehingga tahun [[1930-an]].
 
Pada tahun [[1999]], Rb-87 telah digunakan bagi melakukan [[pemeluwapan Bose-Einstein]]<ref>{{cite web | title = Bose-Einstein Condensation | work = World of Physics on Bose-Einstein Condensation | publisher = BookRags | url = http://www.bookrags.com/Bose%E2%80%93Einstein_condensate | accessdate = 2008-01-26 }}</ref> yang penemunya telah memenangi [[Hadiah Nobel dalam Fizik]].<ref>{{cite web | last = Levi | first = Barbara Goss | title = Cornell, Ketterle, and Wieman Share Nobel Prize for Bose-Einstein Condensates | work = Search & Discovery | publisher = Physics Today online | date = 2001 | url = http://www.physicstoday.org/pt/vol-54/iss-12/p14.html | accessdate = 2008-01-26 }}</ref>
 
== Kegunaan ==
Baris 12 ⟶ 26:
 
* [[Pemeluwapan Bose-Einstein]].
* Bendalir kerja dalam [[tiub vakumhampagas]].
* Komponen [[fotosel]].
* Unsur resonans dalam [[jam atom]]. Ini disebabkan oleh [[binaan hiperhalus]] dalam aras tenaga rubidium.
Baris 38 ⟶ 52:
 
Logam rubidium boleh dihasilkan dengan [[redoks|mengurangkan]] rubidium klorida dengan [[kalsium]] di antara kaedah-kaedah lain. Pada tahun [[1997]], harga logam ini dalam jumlah yang kecil iaitu kira-kira [[Dolar AS|AS$]]25/[[gram]].
 
== Isotop ==
{{utama|Isotop rubidium}}
 
Terdapat 26 [[isotop]] rubidium yang diketahui dengan rubidium yang terjadi semula jadinya telah dibentuk daripada hanya 2 isotop sahaja; Rb-85 (72.2%) dan Rb-87 [[radioaktif]] (27.8%). Rubidium asli adalah radioaktif dengan [[keaktifan tentu]] kira-kira 670 [[Becquerel|Bq]]/g, cukup untuk mengabutkan [[filem fotografi]] dalam lebih kurang 30 hingga 60 [[hari]].
 
Rb-87 mempunyai [[separuh hayat]] pada 4.88{{e|10}} [[tahun]]. Ia mudah mengganti bagi [[kalium]] dalam [[galian]]. Ia bersedia menjadi pengganti [[kalium]] di dalam [[galian]], oleh itu ia betul-betul meluas. Rb telah digunakan secara meluas dalam [[pentarikhan batuan]]; susutan Rb-87 kepada [[strontium]]-87 stabil dengan pengeluaran [[zarah beta]] negatif. Ketika [[penghabluran berperingkat (geologi)|penghabluran berperingkat]], Sr cenderung menjadi pekat dalam [[plagioklas]], meninggalkan Rb dalam bentuk [[cecair]]. Justeru itu, nisbah Rb:Sr dalam sisa [[magma]] mungkin bertambah sepanjang masa, mengakibatkan batuan dengan peningkatan nisbah Rb:Sr dengan meningkatkan [[penceraian batuan|penceraian]]. Nisbah tertinggi (10 atau lebih) terjadi dalam [[pegmatit]]. Sekiranya jumlah awal Sr diketahui atau boleh ditentuluarkan, umur boleh dipastikan dengan sukatan kepekatan Rb dan Sr serta nisbah Sr-87:Sr-86. Tarikh menunjukkan umur sebenar galian sahaja jika batuan belum berubah kemudiannya. Lihat [[pentarikhan Rubidium-Strontium]] bagi penerangan yang lebih terperinci.
 
== Sebatian ==
{{perincian|:Kategori:Sebatian rubidium}}
 
[[Rubidium klorida]] barangkali sebatian rubidium paling banyak digunakan; ia digunakan dalam biokimia bagi mengaruh sel untuk mengambil [[DNA]] dan sebagai [[penanda bio]] sejak ia bersedia untuk diterima bagi menggantikan kalium dan biasanya tidak terjadi pada [[organisma hidup]]. [[Rubidium hidroksida]] merupakan bahan mula bagi kebanyakan proses kimia berasaskan rubidium; [[rubidium karbonat]] digunakan dalam sesetengah [[kaca optik]].
 
Rubidium mempunyai beberapa [[rubidium oksida|oksida]], termasuk Rb<sub>6</sub>O dan Rb<sub>9</sub>O<sub>2</sub> yang muncul seandainya logam rubidium dibiarkan terdedah kepada udara; hasil akhir tindak balas dengan oksigen ialah RbO<sub>2</sub> [[superoksida]]. Rubidium membentuk [[garam]] dengan banyak [[Ion#Jenis-jenis|anion]]. Beberapa sebatian rubidium biasa adalah rubidium klorida (RbCl), rubidium monoksida (Rb<sub>2</sub>O) dan rubidium kuprum sulfat (Rb<sub>2</sub>SO<sub>4</sub>·CuSO<sub>4</sub>·6H<sub>2</sub>O). Sebatian rubidium, perak dan iodin iaitu RbAg<sub>4</sub>I<sub>5</sub> mempunyai sifat elektrik yang menarik dan mungkin berguna dalam saput nipis bateri.
 
== Awasan ==
 
Rubidium bertindak balas dengan kuat dalam air dan boleh menyebabkan kebakaran. Bagi memastikan kesihatan, keselamatan dan ketulenan, unsur ini mesti disimpan di bawah [[minyak galian]] kering, di dalam [[hampagas]] atau atmosfera lengai.
 
== Kesan biologi ==
 
Rubidium, seperti natrium dan kalium, sentiasa hampir-hampir pada keadaan pengoksidaan +1. [[Badan manusia]] mudah memproses ion Rb<sup>+</sup> seperti ion kalium dan oleh itu memekatkan rubidium dalam bendalir elektrolit. Ion tersebut tidak bertoksik malah disingkirkan dengan agak pantas di dalam [[peluh]] dan [[air kencing]]. Walau bagaimanapun, pengambilan berlebihan rubidium boleh bertukar bahaya sebagaimana ianya sedikit radioaktif. Rubidium terkumpul dalam tumor tetapi bukan di dalam tisu normal jadi ia boleh digunakan untuk melokasikan [[tumor otak]].
 
== Rujukan ==