Perbezaan antara semakan "Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris"

tiada ringkasan suntingan
[[Imej:logo PPSMI.gif|right]]
'''Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris''' ('''PPSMI''') ialah nama rasmi bagi satu dasar [[pendidikan Malaysia]] yang menetapkan [[bahasa Inggeris]] menggantikan bahasa kebangsaan/ibunda sebagai bahasa perantara mata pelajaran [[Sains]] dan [[Matematik]] di semua peringkat pendidikan. Dasar PPSMI sering menjadi isu perdebatan yang hangat semenjak dilaksanakan oleh pentadbiran [[Mahathir bin Mohamad|Tun Dr Mahathir bin Mohamad]] pada tahun [[2003]]. Sehingga 16 Februari 2008, menurut [[Kementerian Pelajaran Malaysia|Menteri Pelajaran]], Dato' Seri [[Hishammuddin Hussein]], status pelaksanaan dasar ini masih lagi di peringkat penelitian. <ref>[http://www.malaysiakini.com/news/98406 "Hisham: PPSMI masih di peringkat penelitian", Malaysiakini.com. 16 Februari 2008.] </ref>
 
==Sejarah perlaksanaan==
GMP mengadakan tunjuk perasaan pertama mereka di ibu kota, di perkarangan pusat beli-belah [[Sogo]] di [[Jalan Tuanku Abdul Rahman]] pada [[31 Januari]] [[2009]], yang dihadiri oleh tokoh-tokoh berkenaan bahasa seperti Sasterawan Negara [[A. Samad Said|Datuk A Samad Said]], penyair [[Dinsman]] dan [[Pyanhabib]], ahli jawatankuasa Persatuan Penulis Nasional (Pena) Ibrahim Ghaffar, aktivis teater [[Khalid Salleh]], serta ahli-ahli politik [[Tian Chua]], [[Shamsul Iskandar Md Akin]], dan [[Kamaruzzaman Mohamad]],<ref>{{cite news|title=Gerakan anti-PPSMI julung kali ke jalan|author=Jimadie Shah Othman|publisher=Malaysiakini|date=2009-01-31|url=http://www.malaysiakini.com/news/97350|accessdate=2009-02-01}}</ref> dan juga pejuang bahasa-bahasa Cina dan India seperti [[Yayasan Tamil Malaysia]] dan [[Dong Jiao Zong]].<ref>{{cite news|title=Aktivis Tamil, Cina sertai bantah PPSMI|author=Jimadie Shah Othman|publisher=Malaysiakini|date=2009-01-31|url=|accessdate=2009-02-01}}</ref> GMP bakal menganjurkan perhimpunan membantah PPSMI secara besar-besaran pada 7 Mac akan datang, di mana mereka dijangka menyerahkan memorandum kepada [[Yang di-Pertuan Agong]] untuk memohon campur tangan baginda dalam menyelesaikan isu PPSMI.<ref>{{cite news|title=Perhimpunan bantah PPSMI pada 7 Mac|author=Jimadie Shah Othman|publisher=Malaysiakini|date=2009-01-21|url=http://www.malaysiakini.com/news/96880|accessdate=2009-02-01}}</ref>
 
Perjuangan GMP turut dibantu [[Gabungan Persatuan Penulis Nasional]] (Gapena) yang cuba mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan kerana melaksanakan dasar PPSMI yang didakwa mereka sebagai mencabuli Perkara 152 [[Perlembagaan Malaysia|Perlembagaan]] yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.<ref>{{cite news|title=Saman K'jaan: Gapena jumpa peguam hari ini|author=Jimadie Shah Othman|publisher=Malaysiakini|date=2009-01-12|url=http://www.malaysiakini.com/news/96293|accessdate=2009-02-01}}</ref>, di samping dilaporkan merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan bergelar "Keranda 152", sempena dakwaan PPSMI tersebut pada bulan Februari.<ref>{{cite news|title=PPSMI: Gapena rancang adakan 'perarakan keranda'|author=Jimadie Shah othman|publisher=[[Malaysiakini]]|date=2009-01-06|url=http://72.14.235.132/search?q=cache:Kn6JyhhP2TMJ:www.malaysiakini.com/news/95891+%27PPSMI:+Gapena+rancang+adakan+%27perarakan+keranda%27&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my|accessdate=2009-01-19}}</ref>Akan tetapi pada 15 Februari 2009, tunjuk perasaan "Keranda 152" itu tidak menjadi kenyataan, akhirnya mereka membuat laporan polis berhubung pelaksanaan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di Balai Polis Brickfields, Kuala Lumpur yang diiringi kira-kira 20 tokoh bahasa dan diketuai oleh Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussin dan berkata, laporan tersebut merupakan proses pertama Gapena menggunakan saluran itu.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/98340 "PPSMI: Gapena buat laporan polis", Malaysiakini.com. 15 Februari 2008.] </ref>
 
===Sudut perundangan===
114

suntingan