Gaius Marius: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Aurora (bincang | sumb.)
kemaskini
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
'''Gaius Marius''' ([[157 SM|157]] - [[Januari 86 SM]]) merupakan seorang Jeneral dan ahli politik yang terkenal di Rom. Marius begitu berpengaruh sehingga menjadi Consul sebanyak tujuh kali. Beliau adalah bapa saudara kepada [[Julius Caesar]] dan secara tidak langsung menjadi [[mentor]] kepada anak saudaranya. Beliau diberi gelaran "Pengasas Ketiga Rom" setelah menyelamatkan [[Itali]] daripada pencerobohan pakatan bala tentera [[Celts]] dari [[Gaul]] dan [[Germania]] yang berlaku antara 102-101 SM. Namun beliau juga terkenal sebagai Consul yang kejam terutamanya beberapa tahun sebelum akhir hayatnya.
 
== Sejarah aAwalawal ==
Berbanding dengan Caesar, keluarga Gaius Marius tidak mempunyai kaitan dengan ahli [[Senator]]. Malah beliau dianggap sebagai ''novus homo'' ("manusia baru"), iaitu seorang yang tidak berasal dari keturunan bangsawan atau Senator. Beliau dilahirkan pada sekitar [[157 SM]] disebuah desa di Itali iaitu di Arpinum, yang terletak selatan Latium. Walaupun beliau bukan dari keluarga bangsawan, keluarganya agak berada dan mempunyai perhubungan [[perniagaan]] dengan keluarga bangsawan di Rom. Ini memberi peluang kepada beliau sebagai orang luar untuk menembusi kumpulan berpengaruh di [[Republik]] tersebut. Langkah pertama beliau untuk mencapai cita-citanya ialah dengan memasuki pasukan [[tentera Rom]]. Dedikasi beliau sebagai seorang tentera di Numantia telah menarik minat tokoh Rom terkenal iaitu [[Scipio Aemilianus]], cucu kepada [[Scipio Africanus]] iaitu orang yang paling berkuasa di Rom pada ketika itu.