Institut Terjemahan & Buku Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Anuarmanshor (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Anuarmanshor (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM)''' ialah [[syarikat berhad]] yang diasaskan pada [[14 September]] [[1993]] di bawah [[Kementerian Pelajaran Malaysia]] untuk memudahkan penubuhan sebuah industri penterjemahan di negara [[Malaysia]]. [[Modal syer]] syarikat ini dimiliki oleh [[Kementerian Kewangan Malaysia]], manakala pentadbirannya diuruskan oleh Kementerian Pelajaran.
 
== Falsafah dan Iltizam ==
Misi ITNM ialah untuk memupuk [[bahasa Melayu]] sebagai perantara pemikiran dalam bidang [[kebudayaan]], [[sains]], dan [[teknologi]], melalui penterjemahan. Matlamatnya ialah:
 
* Membekalkan perkhidmatan-perkhidmatan menterjemah, menafsir, dan menukarkan maklumat pada peringkat-peringkat negara serta antarabangsa.
* Pusat yang memberikan khidmat terjemahan buku, dokumen, maklumat, perisian dan bahan bacaan lain daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa lain
* Menterjemahkan bahan-bahan pengetahuan, khususnya karya-karya utama dalam bahasa Melayu.
* Pusat khidmat kejurubahasaan untuk pelanggan di dalam dan luar negara
* Menterjemahkan karya-karya tempatan yang utama kepada bahasa-[[bahasa]] yang lain.
* Pusat pengembangan profesional yang memupuk kaedah, teknik dan seni terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat dalam pelbagai bahasa
* Memberikan latihan dan panduan dalam bidang bahasa.
* Pusat pengembangan sumber manusia yang melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah, penyunting, jurubahasa dan profesional bahasa yang berkaitan untuk memenuhi keperluan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
* Pusat rujukan yang menetapkan piawaian dan jaminan mutu terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di Malaysia.
 
== Misi dan Visi ==
 
=== Misi ===
 
* Untuk menghapuskan halangan bahasa dan merangsang pemindahan ilmu untuk menjana masyarakat progresif, dinamik dan berbudaya melalui terjemahan.
* Untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai medium pemikiran dalam bidang sains, teknologi dan budaya melalui terjemahan.
 
=== Visi ===
 
* Untuk menjadi badan penterjemahan terunggul di Malaysia.
 
== Objektif ==
* Menyediakan khidmat terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu yang berkualiti di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
* MenterjemahkanMenterjemah bahan-bahan pengetahuan, khususnya karya-karya utamabermutu ke dalam bahasa Melayu.
* Menterjemah karya penting tempatan ke dalam bahasa lain.
* MemberikanMenyediakan latihan dan panduanbimbingan dalam bidang terjemahan dan bahasa.
 
== Organisasi Terkini ==
* Pengerusi Lembaga Pengarah
: Dato' Dr. Wan Hashim Wan Teh
 
* Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif
: Mohd Khair Ngadiron
* Pengurus Kanan Jabatan Korporat
: Razin Abd. Rahman
 
* Pengurus Kanan Jabatan Terjemahan & Penerbitan
: Siti Rafiah Sulaiman
 
== Perkhidmatan ==
 
=== Khidmat Terjemahan ===
 
Misi anda terhalang disebabkan masalah bahasa? Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) sedia membantu, menyampaikan mesej dikehendaki, dan seterusnya menjadikan komunikasi anda lebih mudah. Kami menyediakan khidmat terjemahan yang berkualiti, selain menjamin setiap tugasan dikendalikan secara teliti dan berhemah – hasil dedikasi kumpulan kerja yang berpengalaman mengendalikan pelbagai dokumen berbeza secara pantas dan tepat.
 
Di ITNM, kami menyediakan khidmat terjemahan profesional hampir dalam semua bidang dengan kualiti serta harga terbaik. Kelebihan berurusan di ITNM adalah semua bahan tidak sekadar diterjemah, tetapi juga disunting oleh editor, dan disemak oleh pembaca pruf – untuk memastikan perkataan yang digunakan tepat serta sesuai.
 
Selain itu, editor juga bertanggungjawab memelihara gaya bahasa serta nuansa yang sesuai, bertepatan mengikut bahan sumber, dan pada masa yang sama, sentiasa memastikan ia memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
 
Kami memiliki sekumpulan tenaga kerja berkaliber yang terdiri daripada penterjemah berpengalaman, editor terbaik, dan pembaca pruf yang teliti. Ini selaras dengan misi kami untuk menawarkan khidmat terjemahan berkualiti tinggi dengan terjemahan yang dihasilkan sama seperti teks sumber. Janji kami di ITNM, kami menawarkan khidmat terjemahan dengan kualiti terbaik – pada harga yang berpatutan.
 
=== Khidmat Kejurubahasaan ===
 
Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) menawarkan khidmat kejurubahasaan oleh sekumpulan jurubahasa yang mahir dan terlatih secara profesional untuk mengendalikan hampir semua bahasa utama dunia. Bergantung pada permintaan pelanggan, ITNM sedia menerima pelbagai tugasan, baik untuk jangka pendek mahupun jangka panjang - yang membabitkan acara pelbagai bahasa, atau sebagai jurubahasa pengiring bagi urusan perniagaan dan diplomatik.
 
=== Khidmat Suntingan ===
 
Suntingan bertujuan memastikan semua teks diterjemahkan mengikut gaya bahasa yang tepat, di samping mengelakkan kesalahan lain yang biarpun nampak kecil, namun boleh menjejaskan imej serta penampilan syarikat. Kerja ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia antara cara terbaik untuk memastikan terjemahan yang dihasikan tepat dan berkualiti. Ini penting kerana anda meletakkan risiko reputasi profesional syarikat kepada ketepatan sesebuah dokumen, khususnya yang diterjemahkan dari bahasa lain.
 
Bagaimanapun, dengan khidmat suntingan berkualiti tinggi, anda boleh menghela nafas lega kerana setiap tugasan akan disunting editor berpengalaman dan disemak pruf beberapa kali demi memastikan ia bersih daripada sebarang kesilapan. Dengan kualiti sebagai tunjang kerja, editor kami bertanggungjawab memastikan kesempurnaan setiap dokumen yang diserahkan kepada kami.
 
=== Khidmat Latihan ===
 
Jika anda berminat mendalami sesuatu bahasa dan kemahiran menterjemah serta kejurubahasaan, ITNM turut menyediakan khidmat latihan yang dikendalikan oleh kumpulan penatar berkelayakan dan berpengalaman dalam bidang bahasa, terjemahan dan kejurubahasaan. Ia dikendalikan dalam suasana selesa dan menggunakan pelbagai teknik seperti latihan di dalam kelas serta persembahan pita video/filem. Semua ini bertujuan menghidupkan lagi suasana kelas supaya latihan lebih berkesan.
 
Selain jadual latihan yang tersusun, ITNM juga sedia mengatur latihan atas permintaan dan keperluan pelanggan – di Wisma ITNM atau di lokasi pilihan pelanggan.
 
=== Khidmat Sari Kata ===
 
Anda perlukan khidmat sari kata yang berkualiti? Ini antara kepakaran ITNM yang menterjemah setiap dialog dengan mengambil kira aspek budaya demi memastikan ketepatan maksud yang ingin disampaikan kepada penonton. Ternyata, menterjemahkan dialog dengan budaya yang berlainan adalah sangat mencabar, dan tidak boleh dilakukan sewenang-wenangnya. Inilah kelebihan ITNM yang menggunakan penutur asal untuk menterjemahkan dialog yang kemudiannya disunting oleh editor berpengalaman, sekali gus disesuaikan dengan pemikiran dan budaya masyarakat setempat. Hasilnya, sari kata yang terpapar mampu memberikan kepuasan sama seperti pengalaman menonton jalan ceritanya.
 
=== Khidmat Sokongan ===
 
Khidmat berikut juga turut ditawarkan atas permintaan pelanggan:
* Atur huruf bahasa asing.
* Percetakan.
* Pengesahan dokumen terjemahan (bahan rasmi/undang-undang).
 
==Alamat==