Sri Gading: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''Sri Gading''' atau Seri Gading merupakan sebuah bandar dan kawasan parlimen yang terletak di negeri Johor, Malaysia. Dalam peta, terletak pada koordinat 1°…'
 
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Sri Gading''' atau Seri Gading merupakan sebuah bandar dan kawasan parlimen yang terletak di negeri [[Johor]], [[Malaysia]]. Dalam [[peta]], terletak pada koordinat 1° 49' 0 Utara , 103° 1' 0 Timur . Antara bandar berdekatan ialah [[Batu Pahat]],[[Parit Raja]], [[Parit Yaani]], [[Ayer Hitam]] dan [[Yong Peng]], Kampung Parit Jelutong, Taman Chempaka Bandar dan Taman Bukit Pasir.<ref>[http://www.maplandia.com/malaysia/johor/parit-raja/]</ref> Kampung Seri Gading terletak di Jalan [[Parit Yaani]]- [[Seri Bengkal]].
 
[[Gading]] ialah senjata seekor [[gajah]], berwarna putih dan dipotong untuk dijadikan ramuan ubat-ubatan. Semakin panjang gading gajah, semakin tua dan bernilai harga gading tersebut. Kawasan ini dibuka pada lewat 1970-an. Rupa bumi kawasan ini agak rendah. Pada 4 Januari 2007, beberapa kampung pedalaman dilanda [[banjir]] semasa [[musim tengkujuh]]. Sejak 2005, bekalan air yang disalurkan dari [[Empangan Semberong]] menghadapi beberapa kali gangguan bekalan.
 
==Wakil rakyat==
Parlimen P.149 Sri Gading terbahagi kepada dua Adun iaitu N21 [[Parit Yaani]] dan N 22 [[Parit Raja]]. Datuk [[Mohamad Aziz]] yang mewakili [[Barisan Nasional]] / [[UMNO]] di parlimen ini merupakan seorang yang lantang .
 
==Ekonomi==
Terdapat beberapa kilang makanan yang terkenal di Malaysia terletak di sini seperti Munchy's, Hup Seng dan Hwa Tai. Lsin -lain industri ialah Miaow Miaow Food Products Sdn Bhd, New Star Food Industries Sdn Bhd, PCCS, LY Furniture & Ramatex, , Fujitsu, Sharp Roxy & J.R. Courtenay dan lain-lain.
 
Kawasan pertaniannya ditanam dengan kelapa sawit. Contohnya Ladang Sri Gading.