Norhafiz Zamani Misbah: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zan husni~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Zan husni~mswiki (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 9:
height = {{height|meter=1.72}} |
years = 2002-05<br>2006-2008<br>2009 |
clubs = [[Negeri Sembilan FA|Negeri Sembilan]]<br>[[Pahang FA|Pahang]]<br>[[KL PLUS FC]] |
currentclub = [[KL PLUS FC]] |
clubnumber = 5 |
position = Pertahanan |
Baris 22:
ntupdate = 21 Januari, 2009 |
}}
'''[[Norhafiz Zamani Misbah]]''' ([[Tulisan Jawi|Jawi]]: ﻧﻮﺭﺣﺎﻓﻴﺬ زاﻣﺎﻧﻲ ﻣﻴﺳﺑﺎح lahir pada [[15 Julai]], [[1981]]) merupakan pemain bola sepak Malaysia yang kini bermain untuk [[KL PLUS FC]] di [[Liga Super Malaysia]]. Dia merupakan anggota [[Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia]]. Dia juga merupakan bekas ketua pasukan Malaysia dan antara pemain pertahanan terbaik yang dimiliki Malaysia ketika ini.
 
==Kerjaya==
Norhafiz memulakan kerjayanya sebagai pemain professional bersama [[Negeri Sembilan FA|Negeri Sembilan]]. Dia merupakan salah seorang pemain yang mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia yang memenangi pingat perak di Sukan SEA 2001 selepas dikecewakan Thailand 0-1. Selepas berakhirnya Sukan SEA, Norhafiz kembali ke [[Negeri Sembilan FA|Negeri Sembilan]] dengan reputasi yang cukup besar sehingga seringkali dipanggil untuk mewakili pasukan Malaysia.
 
Norhafiz merupakan salah seorang tonggak Malaysia ketika menentang [[Pasukan bola sepak kebangsaan Brazil|Brazil]] dan [[Manchester United]]. Dia juga mewakili Malaysia ketika kejohanana Piala Liga Perdana Inggeris Asia dimana Malaysia tewas 1-4 dan 0-4 kepada [[Chelsea F.C.|Chelsea]] dan [[Birmingham City F.C.|Birmingham City]]. Selepas tamatnya perlawanan penentuan tempat ketiga/keempat, jurulatih [[Birmingham City F.C.]] [[Steve Bruce]] ditanya siapakah pemain Malaysia yang menarik perhatiannya. Jawapannya Norhafiz Zamani Misbah.
 
Norhafiz kemudiannya berhijrah ke [[Pahang FA|Pahang]] selepas menghabiskan musim yang gemilang bersama [[Negeri Sembilan FA|Negeri Sembilan]]. Dia mewakili [[Pahang FA|Pahang]] dalam semua pertandingan seperti Liga Super dan Piala Kelab Bola Sepak ASEAN.
 
Pada tahun [[2007]], Norhafiz dipanggil untuk mewakili Malaysia ke Piala Asia dan dilantik sebagai ketua pasukan. Dia menyatakan rasa kecewanya terhadap persembahan memalukan Malaysia dalam kempen Piala Asia dan mencadangkan agar Malaysia perlu melaksanankan program berkesan untuk merealisasikan impian ke Piala Dunia pada 2018.
Baris 35:
Pada tahun yang sama, Norhafiz dipanggil semula untuk mewakili pasukan bawah 23 tahun kebangsaan selepas 3 tahun tidak mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia. Pada kejohanan ini, dia dan dua lagi pemain utama skuad Malaysia membentuk persefahaman mantap bersama pemain muda Malaysia sehingga berjaya merangkul kejuaraan Pesta Bola Merdeka selepas membenam Myanmar 3-1.
 
Pada tahun 2008, Norhafiz menyatakan hasratnnya untuk meninggalkan [[Pahang FA|Pahang]] kerana mengalami kesukaran beraksi selepas rakan sepasukan [[Indra Putra Mahayuddin]] berhijrah ke Selangor. Dia kemudian berhijrah ke sebuah pasukan kelab, KL PLUS FC.
 
Pada Pestabola Merdeka 2008, Norhafiz gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diambilnya pada perlawanan akhir menentang Vietnam yang menyebabkan Malaysia tumpas 6-5.