Masyarakat: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Masyarakat''' (''society'') merupakan istilah yang digunakan untuk menerangkan [[komuniti]] [[manusia]] yang tinggal bersama-sama. Boleh juga dikatakan masyarakat itu merupakan jaringan perhubungan antara pelbagai individu. Dari segi perlaksaan, ia bermaksud sesuatu yang dibuat - atau tidak dibuat - oleh kumpulan orang itu. ''Masyarakat'' merupakan subjek utama dalam pengkajian [[sains sosial]].
 
Oleh kerana sesebuah masyarakat yang inginkan kestabilan memerlukan ahli-ahli yang sanggup menolong antara satu sama lain, maka ia perlu kepada nilai-nilai murni seperti [[rakyat|kerakyatan]], [[hak]] dan [[etika]]. Ini merupakan perkara asas untuk mencapai [[adil|keadilan]]. Jika nilai-nilai ini gagal dipatuhi, orang akan mengatakan sesebuah masyarakat tersebut sebagai tidak adil dan musibah akan berlaku.
 
Perkataan ''society'' datang daripada [[bahasa Latin]] ''societas'', "perhubungan baik dengan orang lain". Perkataan ''societas'' diambil dari ''socius '' yang bererti "teman", maka makna masyarakat itu adalah berkait rapat dengan apa yang dikatakan [[sosial]]. Ini bermakna telah tersirat dalam kata masyarakat bahawa ahli-ahlinya mempunyai kepentingan dan matlamat yang sama. Maka, masyarakat selalu digunakan untuk menggambarkan rakyat sesebuah [[negara]].
 
Walaupun setiap masyarakat itu berbeza, namun cara ia musnah adalah selalunya sama: [[penipuan]], [[pencurian]], [[keganasan]], [[perang|peperangan]] dan juga kadangkala penghapusan [[etnik]] jika perasaan [[kaum|perkauman]] itu timbul. Masyarakat yang baru akan muncul daripada sesiapa yang masih bersama, ataupun daripada sesiapa yang tinggal.
 
 
 
 
[[category:Masyarakat]]
[[category:Sains Sosial]]
 
[[ast:Sociedá]]
[[da:Samfund]]
[[de:Gesellschaft]]
[[en:Society]]
[[es:Sociedad]]
[[hr:Dru%C5%A1tvo]]
[[ja:社会]]
[[pt:Sociedade]]
[[simple:Society]]