Perbezaan antara semakan "Kejuruteraan ruang angkasa"

tiada ringkasan suntingan
'''Kejuruteraan aeroangkasa''' merupakan satu disiplin ilmu dalam bidang [[kejuruteraan]] yang mengkaji dan mengaplikasikan konsep-konsep sains yang berasaskan [[pesawat udara]] dan pesawat angkasa lepas. Secara klisenya, kejuruteraan aeroangkasa sering dirujuk sebagai kejuruteraan aeronautikal, terutama apabila berkaitan dengan pesawat udara, dan dirujuk sebagai kejuruteraan astronautikal apabila berkaitan dengan kapal angkasa. Sub-bidang kejuruteraan aeroangkasa merangkumi :
 
* [[Aerodinamik]] - kajian tentang aliran udara pada objek seperti sayap (lihat juga daya angkat (''lift'') dan aeronautik)
* Dorongan (''propulsion'') - daya untuk menggerakkan pesawat dibekalkan oleh kipas (yang digandingkan dengan enjin bakar dalam), enjin jet atau roket.
* Kawalan penerbangan - kajian untuk mengawal pesawat untuk mencapai aras dan arah yang dikehendaki. (lihat juga Astrodinamik)
* Struktur pesawat terbang - rekabentuk konfigurasi fizikal pesawat untuk menahan kuasa yang dihadapi ketika penerbangan. Juga merangkumi bahan (''material'') - bahan baru dengan kriteria yang dikehendaki perlu dicipta dan bahan lama diubah suai untuk menaikkan tahap prestasi.
* Aeroanjalan (''aeroelasticity'') - interaksi beban aerodinamik dan beban-beban elastik struktur, potensi menyebabkan capahan (''divergence''), pembalikan (''reversal''), kibaran (''flutter''), paluan (''buffeting'') dan lain-lain.
* Avionik (''avionics'') - aplikasi elektronik dalam penerbangan. Avionik termasuk juga sistem komunikasi dan panduarah (''navigation''), autopilot, sistem pengurusan penerbangan elektronic (''Electronic Flight Management Systems'').
 
Asas kebanyakan unsur ini terletak pada teori [[matematik]], seperti mekanik bendalir (''fluid mechanics)''untuk aerodinamik atau persamaan gerakan untuk dinamik penerbangan. Selain itu terdapat juga sebahagian besar komponen empirikal.
 
Dari segi sejarah, komponen empirikal didapati dari ujian model skala dan protaip, sama ada dalam [[terowong angin]] (''wind tunnel'') atau di luar.
 
Pada masa sekarang, kemajuan teknologi [[komputer]] membolehkan penggunaan pengiraan dinamik cecair untuk meramalkan sifat kenderaan, dengan itu mengurangkan masa dan belanja.
 
Selain itu, kejuruteraan aeroangkasa menangani gabungan semua komponen yang membentuk kenderaan angkasa (subsistem termasuk tenaga, komunikasi, kawalan suhu, [[sokongan hayat]], dll.) dan kitaran hayat (rekabentuk, pembuatan, ujian, operasi, pelupusan), dan oleh itu merupakan cabang khas bagi kejuruteraan sistem. Keperluan operasi kenderaan angkasa seringkali melampau (suhu, tekanan, radiasi, halaju, jangka hayat...), mendorong kepada cabaran luar biasa dan penyelesaian khas kepada alam kejuruteraan sistem angkasa.
 
[[category:Kejuruteraan]]
[[category:Sains Tulen]]
[[category:Teknologi]]
[[category:Aeroangkasa]]
 
[[cs:Aerokosmická technologie]]
[[en:Aerospace engineering]]
[[es:Ingeniería aeronáutica]]
[[fa:مهندسی هوافضا]]
[[fr:Aérospatiale]]
[[it:Ingegneria aerospaziale]]
[[ja:航空工学]]
[[nl:Luchtvaarttechniek]]
[[pl:Astronautyka]]
[[zh:航空工程]]
Pengguna awanama