Perbezaan antara semakan "Stesen keretapi Pulau Sebang/Tampin"

(Melencong ke Stesen keretapi Tampin)
#REDIRECT [[Stesen keretapi Tampin]]
'''Stesen Keretapi Pulau Sebang/Tampin''' dahulu lebih dikenali dengan nama Stesen Keretapi Tampin. Stesen ini telah dibuka pada tahun [[1905]]. Pada tahun yang sama landasan keretapi ke bandaraya [[Melaka]] telah siap dibina. Hal ini secara tidak langsung laluan dari [[Seberang Perai]] sehingga ke [[Melaka]] telah dibina. Malangnya laluan dari Pulau Sebang ke Melaka tidak bertahan lama, apabila [[Jepun]] menduduki [[Tanah Melayu]] dari tahun 1942 hingga 1945. Pemerintah Jepun telah membongkar landasan dari Pulau Sebang ke [[Melaka]]. Rel tersebut dihantar ke [[Burma]] untuk landasan keretapi maut peristiwa hitam yang sangat terkenal itu. Sejak itu penumpang-penumpang yang hendak ke Melaka atau ke utara dan pantai timur akan turun/naik di stesen Tampin kerana laluan lama tidak lagi dibaiki dan digunakan walaupun bekas laluan itu masih ada. Sejak akhir-akhir ini rakyat Melaka dan kerajaan Negeri Melaka mula mempertikaikan nama stesen KTMB Tampin. Lokasi stesen tersebut terletak di Mukim Pulau Sebang dalam daerah [[Alor Gajah]] Melaka.Namun pihak KTMB tidak dapat menggugurkan nama Tampin kerana orang ramai sudah sinonim dengan nama itu. Langkah awal untuk mengatasi kemelut ini pihak KTMB bersetuju diberi dwinama bagi stesen ini sebagai Tampin/Pulau Sebang. KTMB tidak keberatan untuk menukar nama Pulau Sebang sepenuhnya pada masa hadapan terutamanya apabila landasan berkembar elektrik antara [[Seremban]] dan [[Gemas]] siap tahun [[2012]] dan pemindahan stesen ke tempat baru. Apabila siap kelak stesen Tampin/Pulau Sebang akan dikenali dengan nama Sebang Sentral yang dilengkapi dengan hentian teksi dan bas serta tempat letak kereta yang luas. KTMB sedang menjalankan kajian yang serius atas permintaan kerajaan Negeri Melaka untuk membuka semula landasan keretapi ke [[Bandaraya Melaka]] dalam Rancangan Malaysia ke-10. Ketika ini kerja-kerja mengukur tanah sedang giat dijalankan di sepanjang jalan keretapi lama dari Tampin/Pulau Sebang ke Bandaraya Melaka.
7,279

suntingan