Stesen Keretapi Kuala Lumpur: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Zamwan (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 794760 oleh 115.133.220.221 (Perbincangan)
Baris 37:
Sebelum pembinaan stesen ini, dua buah stesen kereta api telah beroperasi di bandar raya ini.
 
Stesen Kereta ApiKeretapi Kuala Lumpur yang pertama, digelar sebagai '''Stesen Residen''' ({{lang-en|Resident Station}}) kerana berdekatan dengan [[Carcosa Seri Negara|kediaman Residen British]], dibina di seberang [[Kelab Diraja Selangor|Kelab Selangor]] ke arah barat. Dibina dengan kayu berserta dengan [[atap nipah|bumbung nipah]], stesen ini merupakan yang pertama di Kuala Lumpur, menghubungkan Kuala Lumpur ke [[Klang]] (Pengkalan Batu) dengan landasan kereta api yang pertama untuk menghubungkan bandar ini dengan kawasan-kawasan lain di [[Semenanjung Melayu]] (dirasmikan pada [[22 September]] [[1886]]<!--Ayat ini merujuk kepada landasan, bukan stesen-->).
 
Stesen kedua, '''Stesen Jalan Sultan''' ({{lang-en|Sultan Street Station}}), dibina pada tahun 1892 di Foch Avenue (kini Jalan Tun Tan Cheng Lock), berhampiran dengan tapak [[Menara Maybank]] dan [[Hentian Puduraya]] pada masa kini. Rekaannya adalah berdasarkan Stesen Residen, dan terletak pada laluan kereta api Pudu, sebatang landasan baru yang dicawang dari stesen 1910 itu, dan menghubungkan lombong-lombong di [[Ampang]] ke bandar raya ini. Laluan ini unik kerana bahagian awal landasan mengampiri stesen terletak di antara dua jalan Foch Avenue, memotong di sebelah kanan bandar ini.