Tempat berlindung cukai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 5:
Terdapat beberapa takrif mengenai tempat berlindung cukai. Majalah The Economist mengambil takrifan Geoffrey Colin Powell: "Ia ... dikenalpasti sebagai kawasan tempat berlindung cukai dengan kewujudan struktur percukaian yang digubah dan didirikan untuk mengambil kesempatan, dan mengekspoitasi permintaan sedunia bagi peluang mengelakkan cukai." Majalah The Economist mengatakan takrif ini masih tidak termasuk banyak jurisdiksi yang secara tradisinya dianggap sebagai tempat berlindung cukai.<ref>[[Doggart, Caroline]]. 2002. ''Tax Havens and their uses'' (originally published 1970), Economist Intelligence Unit, ISBN 0862181631</ref> Mereka yang lain mengatakan mana-mana negara yang mengubah undang-undang cukai bagi menarik modal asing boleh dianggap sebagai tempat berlindung cukai.<ref>[http://www.theage.com.au/news/business/here-is-the-truth-about-tax-havens/2007/10/15/1192300685572.html The Truth About Tax Havens - retrieved 28 December 2007]</ref> Mengikut takrif lain,<ref>[http://www.taxjustice.net/cms/upload/pdf/Identifying_Tax_Havens_Jul_07.pdf
The Truth About Tax Havens - retrieved 28 December 2007]</ref> ciri utama tempat berlindung cukai adalah undang-undang dan langkah lain yang diambil adalah bertujuan untuk mengelak atau menghindari dari undang-undang dan peraturan cukai dari jurisdiksi lain.
 
== Senarai hitam kumpulan G 20 ==
Dalam sidang kemuncak G20 di [[London]] pada 2 April 2009, negara-negara [[G20]] bersetuju mendefinisikan senarai hitam bagi tempat berlindung cukai, yang dibahagikan kepada empat berdasarkan kepatuhan kepada "piawaian cukai antarabangsa yang dipersetujui". Senarai ini, dibuat oleh [[OECD]] dikemaskini pada 2 April 2009 sempena dengan mesyuarat di London. Empat bahagian ini adalah:
 
# Negara yang telah melaksanakan sebahagian besar piawaian (termasuk negara seperti Argentina, Australia, Brazil, Kanada, China, Republik Czech, Perancis, Jerman, Greece, Guernsey, Hungary, Ireland, Itali, Jepun, Mexico, Belanda, Poland, Portugal, Rusia, Slovakia, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sepanyol, Sweden, Turkey, Emeriah Arab Bersatu, United Kingdom termasuk Jersey, dan Amerika Syarikat)
# Tempat berlindung cukai yang komited tetapi tidak lagi melaksanakan penuh piawaian (termasuk Andorra, Monaco, Gibraltar, Liechtenstein, Kepulauan Cayman dan Bahamas)
# Pusat kewangan yang komited tetpi tidak melaksanakan sepenuhnya piawaian (termasuk Switzerland, Singapura, Chile, Uruguay dan tiga negara Kesatuan Eropah – Belgium, Luxembourg dan Austria)
# Tempat yang tidak komited terhadap piawaian (termasuk Costa Rica, Malaysia dan Filipina)
 
Negara yang berada di bawah dikelaskan sebagai "tempat berlindung cukai yang tidak bekerjasama". Uruguay pada mulakan dikelaskan sebagai tidak bekerjasama tetapi merayu kepada OECD dan menyatakan ia memenuhi peraturan transperasi cukai. Filipina dilaporkan mengambil langkah mengeluarkan negaranya dari senarai hitam dan Malaysia pula dilaporkan mengatakan negaranya tidak sepatutnya disenaraihitamkan. Walaupun terdapat desakan dari Presiden Perancis Nicholas Sarkozy agar Hong Kong dan Macau diasingkan dari China dalam senarai, mereka tidak diasingkan lagi walaupun dijangka kedua-dua tempat ini akan ditambah sebagai terasing dari China pada masa akan datang.
 
== Nota kaki ==