Tempat berlindung cukai: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''Tempat berlindung cukai''' atau '''syurga cukai''' ([[bahasa Inggeris]]: ''tax haven'') ialah tempat di mana cukai tertentu dilevi (dikenakan) pada kadar yang rendah atau tidak sama sekali.
 
Individu dan/atau syarikat boleh tertarik kepada kawasan yang mempunyai kadar cukai rendah. Ini mewujudkan situasi persaingan percukaian di antara negara. Jurisdiksi yang berlainan cenderung menjadi tempat perlindungan kepada pelbagai jenis cukai dan untuk kategori berlainan bagi syarikat dan individu.
 
Terdapat beberapa takrif mengenai tempat berlindung cukai. Majalah [[The Economist]] mengambil takrifan Geoffrey Colin Powell: "Ia ... dikenalpasti sebagai kawasan tempat berlindung cukai dengan kewujudan struktur percukaian yang digubah dan didirikan untuk mengambil kesempatan, dan mengekspoitasi permintaan sedunia bagi peluang mengelakkan cukai." Majalah The Economist mengatakan takrif ini masih tidak termasuk banyak jurisdiksi yang secara tradisinya dianggap sebagai tempat berlindung cukai.<ref>[[Doggart, Caroline]]. 2002. ''Tax Havens and their uses'' (originally published 1970), Economist Intelligence Unit, ISBN 0862181631</ref> Mereka yang lain mengatakan mana-mana negara yang mengubah undang-undang cukai bagi menarik modal asing boleh dianggap sebagai tempat berlindung cukai.<ref>[http://www.theage.com.au/news/business/here-is-the-truth-about-tax-havens/2007/10/15/1192300685572.html The Truth About Tax Havens - retrieved 28 December 2007]</ref> Mengikut takrif lain,<ref>[http://www.taxjustice.net/cms/upload/pdf/Identifying_Tax_Havens_Jul_07.pdf
The Truth About Tax Havens - retrieved 28 December 2007]</ref> ciri utama tempat berlindung cukai adalah undang-undang dan langkah lain yang diambil adalah bertujuan untuk mengelak atau menghindari dari undang-undang dan peraturan cukai dari jurisdiksi lain.