Pembiakan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
PM Poon (bincang | sumb.)
Baris 9:
{{main|Pembiakan aseks}}
 
Pembiakan aseks merupakan proses biologi yang mana suatu organisma melahirkan salinan yang serupa dengannya dari segi [[genetik]] tanpa sumbangan daripada organisma yang lain. Bakteria membahagikan diri secara aseks melalui [[pembelahanbelahan dedua]]; virus menguasi sel-sel perumah untuk melahirkan lebih banyak virus; [[Hidra]] (invertebrat susunan ''Hydroidea'') dan [[ragi]] berupaya membiak melalui [[penunasan]]. Organisma-organisma ini tidak mempunyai jantina yang berbeza, dan mereka berupaya membahagikan diri menjadi dua atau lebih organisma berasingan. Sebilangan spesies 'aseks', seperti hidra dan [[ampai-ampai]], juga boleh membiak secara seks. Umpamanya, kebanyakan tumbuhan bukan sahaja berupaya melaksanakan [[pembiakan tampang]] (iaitu pembiakan tanpa biji atau [[spora]]), tetapi juga boleh membiak secara seks. Begitu juga, bakteria dapat menukarkan maklumat genetif melalui [[konjugasi bakteria|konjugasi]]. Cara-cara pembiakan aseks yang lain termasuk penyerpihan dan pembentukan spora yang melibatkan mitosis sahaja.
 
==Pembiakan seks==