Stesen keretapi Slim River: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Edmundwoods (bincang | sumb.)
oops!
Edmundwoods (bincang | sumb.)
bahagian baru
Baris 9:
| line=[[KTM Antarabandar]]
| other=
| platform=2 [[platform tepi]]
| tracks=2
| parking=Percuma
Baris 30:
 
'''Stesen keretapi Slim River''' merupakan sebuah [[stesen keretapi]] milik [[Keretapi Tanah Melayu]] yang terletak di [[Slim River]], [[Negeri Perak|Perak]], [[Malaysia]]. Stesen ini menyediakan perkhidmatan [[KTM Antarabandar]].
 
==Lokasi stesen==
Stesen keretapi Slim River terletak di hujung Jalan Stesen, yang dinamakan sempena stesen keretapi ini. Jalan stesen merupakan sebuah jalan utama bagi pusat bandar [[Slim River]]. Stesen ini terletak di hujung barat pusat bandar. Di belakang stesen (iaitu di sebelah barat) ialah [[Kampung Perhentian, Slim River|Kampung Perhentian]] yang dinamakan sempena perhentian keretapi yang kini digantikan oleh stesen keretapi ini.
 
Sebelum stesen keretapi bersaiz besar yang wujud kini dibina, sana hanya terdapat sebuah stesen keretapi yang kecil, dan terdapat [[lintasan keretapi]] pada Jalan Stesen, dan dari Jalan Stesen, selepas melintasi landasan keretapi, boleh sampai Kampung Perhentian. Namun di atas projek [[landasan berkembar]] dan pembinaan stesen baru, sebuah jambatan yang merentasi landasan keretapi di sebelah kanan (utara) stesen dibina untuk menghubungkan pusat bandar dengan Kampung Perhentian. Ini kerana piawaian landasan berkembar melarang lintasan keretapi dengan jalan raya. Bangunan stesen baru menyekat lintasan keretapi yang wujud sebelum ini. Sebuah jambatan pejalan kaki juga dibina merentasi stesen keretapi baru dari depan bangunan stesen ke belakang bangunan stesen, demi menghubungkan pusat bandar dengan Kampung Perhentian.
 
Di hadapan kiri (barat daya) stesen terletaknya (dari selatan ke utara) Pasaraya FamiliMart (dulu Best7), bekas pejabat [[malaria]], dan Gereja St. Paul (mazhab [[Anglikan]]). di belakang stesen terletak sebuah [[kuil Hindu|kuil]] [[Agama Hindu|Hindu]].
 
==Catatan==