Maktab Sultan Abu Bakar: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Rarefinds (bincang | sumb.)
Baris 21:
Pada tahun 1980an dan 1990an sekolah ini masih diperbesarkan dan menambah kemudahan-kemudahannya bagi kegunaan pelajar-pelajarnya sesuai dengan kehendak [[Kementerian Pelajaran Malaysia]] ketika itu unutk menambah kemudahan-kemudahan serta pengenalan [[Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah]] (KBSM)
 
==Pelajar'''Jejak Sejarah Maktab Sultan Abu Bakar Johor'''==
 
Pelajar MSAB dikenali sebagai 'Warga Maktab'. Ini berbeza dengan sekolah-sekolah lain di sekitar Johor Bahru yang tidak memberi apa-apa gelaran kepada pelajar-pelajar sekolah. Kesemua pelajar-pelajarnya adalah lelaki dari Tingkatan Satu hingga Lima dan untuk Tingkatan Enam (Pra Universiti), sekolah ini mengambil hanya sebilangan pelajar perempuan untuk meneruskan pelajaran di Tingkatan Enam.
'''Peringkat Permulaan English College'''
English College bermula pada 21 Mac, 1914 apabila dua puluh satu orang pelajar terpilih dari Sekolah Bukit Zahrah dihantar ke Istana di Jalan Sungai Chat untuk melanjutkan pelajaran di bawah penyeliaan dua orang guru berbangsa Eropah. Kumpulan pelajar inilah yang membentuk nukleus perintis English College. Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama, English College telah dijadikan pusat untuk Junior Cambridge dan kemudiannya, Senior Cambridge. Sejajar dengan status English College sebagai sekolah utama di negeri Johor, kehadiran seorang Pengetua amatlah diperlukan. En. T. Drury, yang telah menyertai Perkhidmatan Pendidikan Malaya semenjak daripada tahun 1921, dilantik sebagai Pengetua English College yang pertama pada tahun 1928.
 
'''English College Dalam Tahun 30-an'''
English College berpindah ke bangunan sekarang pada penghujung tahun 1930, dan dibuka secara rasminya pada tahun 1931. Dekad ini telah menyaksikan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. Beberapa orang penuntut English College berpeluang melanjutkan pelajaran ke Raffles College, Kolej Perubatan King Edward VII, Sekolah Pertanian Serdang, Sekolah Teknik Kuala Lumpur dan University of Hong Kong.
 
'''English College Dalam Tahun 40-an'''
Majalah sekolah yang pertama diterbitkan pada bulan Januari tahun 1940. Semasa penjajahan Tentera Jepun, selama tiga setengah tahun English College dijadikan kilang senjata. Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, English College dibuka semula pada Januari 1946. En. A.H. Hill dilantik sebagai Pengetua pada tahun 1947, dan pengajaran subjek Sains dimulakan. Tahun 1949 menyaksikan kemasukan kumpulan pelajar perempuan yang pertama ke English College, dalam tahun ini juga, sejajar dengan polisi pendidikan yang baru, Kelas Sijil Sekolah Pos dimulakan. Mata pelajaran kraftangan juga mula diajar di English College.
 
'''English College Dalam Tahun 50-an'''
Dewan sekolah yang baru siap dibina dan dirasmikan pada 17, Julai 1955. Dewan ini merupakan diantara yang terbaik di negara ketika itu. Pada 11 Oktober, 1956 tiga buah makmal sains yang baru telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultanah Engku Tun Aminah. En. Abdul Razak Bin Hussein selaku Menteri Pelajaran ketika itu juga telah melawat English College pada 20 Julai 1957 dan pada tahun 1958, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong juga telah berangkat melakukan lawatan ke English College.
 
'''English College Dalam Tahun 60-an'''
Pada tahun 1960 secara rasminya nama “English College” ditukarkan kepada Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB). Pertukaran ini dibuat dalam usaha untuk memberikan imej tempatan kepada sekolah selaras dengan identiti baru kita sebagai bangsa yang megah merdeka. Sebagai kenang-kenangan, nama “English College” juga turut dikekalkan sebagai nama pilihan sekolah. Pada tahun 1966, Menteri Pelajaran ketika itu En. Mohd.Khir Bin Johari merasmikan blok kelas baru, makmal sains Blok E, perpustakaan dan kantin. Pada tahun 1967, pelajar-pelajar OKU penglihatan dihantar buat pertama kalinya ke MSAB. Lagu sekolah diperkenalkan pada tahun 1969. Lirik ditulis oleh En.Yusof Bin Karto dan lagunya digubah oleh En. Lim Teck Siang.
 
'''English College Dalam Tahun 70-an'''
Pagar sekolah siap dibina pada April 1970. Timbalan Perdana Menteri ketika itu Datuk Hussein Onn (yang juga merupakan bekas pelajar sekolah ini) telah bersama-sama meraikan majlis Jubli Intan MSAB pada Ogos 1974.
 
'''English College Dalam Tahun 80-an'''
Pada Mei 1983, Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor telah melawat MSAB dan berkenan menyumbang 10 buah perahu lunsur layar. Duli Yang Amat Mulia Pemangku Sultan Johor telah merasmikan Hari Ucapan Sekolah pada Julai 1984.
 
 
 
'''English College Dalam Tahun 90-an'''
Bilik-bilik kuliah berhawa dingin diperkenalkan di sekolah. Banggunan baru untuk pelajar-pelajar pendidikan khas, kompleks sukan, dan pembinaan 12 buah bilik darjah baru telah siap dibina pada tahun 1998.
 
'''English College Dalam Zaman Millenium'''
Pada tahun 2001 blok kejuruteraan, dan auditorium mini siap dibina. Tahun 2005 mencatat pencapaian terbaik PMR bagi Daerah Johor Bahru apabila tiga orang pelajar MSAB terpilih sebagai calon PMR Terbaik Peringkat Kebangsaan. Pengesahan oleh Kementerian Pelajaran, MSAB sebagai Sekolah Premier. Tahun 2007, Syarikat Excellent Crew MSAB meraih anugerah Syarikat Terbaik dan Perkhidmatan Terbaik dalam Konvensyen Usahawan Muda ke-11.PMR 2007 sekali lagi mencatat keputusan cemerlang apabila seorang pelajar MSAB terpilih sebagai pelajar PMR cemerlang negeri Johor. Pada 8 Julai 2008 bersamaan dengan 5 Rejab 1429 Hijrah, Tunku Mahkota Johor, Duli Yang Amat Mulia Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar telah berkenan untuk menyempurnakan Majlis Pelancaran Pembinaan Dewan Serbaguna MSAB yang baru.
 
==Pautan luar==