Punk: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
[[Image:Conflict.jpg|thumb|right|250px|Remaja punk menunjukkan pemberontakan politik melalui muzik]]
 
Budaya punk adalah sub-budaya yang berkembang daripada muzik [[rock punk]]. Pemberontakan dan “anti-establishment” berkait rapat dengan budaya ini, yang bermula di New York, London dan kemudiannya tersebar dan menjadi popular pada tahun 1977 di kalangan remaja. Pengaruh punk telah tersebar ke seluruh dunia sejak itu dan berkembang menjadi beberapa sub-budaya lain seperti [[hardcore punk]], Oi!, psychobilly, [[goth]], [[emo]], [[pop punk]] dan sebagainya.
 
==Sejarah==
Budaya ini pada awalnya berunsurkan politik berhaluan kiri dan anarki. Kebanyakannya diikuti oleh belia kelas bawah (terutamanya punk di London). Kemudian ianya berkembang menjadi budaya yang didefinisikan melalui fesyen, muzik, seni, media dan kelakuannya tersendiri, yang selalunya mengejutkan, gelap dan berunsur pemberontakan.
 
Rock punk berpengaruh besar dalam mempopularkan budaya punk; muzik seakan-akan punk bermula di Amerika Syarikat pada lewat 1960-an sejak era hippie lagi, dan dipanggil proto-punk, namun rock punk secara amnya bermula di New York dengan bandkugiran punk seperti [[The Ramones]] dan [[Blondie]] pada tahun 1976, dan mula mendapat perhatian dari media apabila band seperti the [[Sex Pistols]] dan [[The Clash]] di London meledak pada tahun 1977.
 
Liputan media di kebanyakan konsert dan “scene” punk mendedahkan fesyen, muzik dan budaya pengikut-pengikut punk kepada remaja pada masa itu dan menjadi ikutan kepada generasi baru golongan belia yang mula bosan terhadap [[rock n roll]] “mainstream”, muzik disko dan budaya [[hippie]] 1960-an. Di samping memberontak terhadap masyarakat, remaja punk juga memberontak terhadap kepercayaan hippie yang optimistik dan idealistik, seperti cinta dan keamanan, dan pengambilah dadah (walaupun sebilangan besar golongan punk di-stereotaipkan sebagai penghisap gam). Muzik punk yang pantas, bingit, dan kasar menjadi igauan ngeri ibu bapa dan mencerminkan keadaan remaja pada tahun 1977 dan tahun-tahun berikutnya. Ramai yang beranggapan budaya punk yang ganas merosakkan akhlak remaja, dan menggalakkan kegiatan jenayah.
 
Pada awal 1980-an, budaya punk mula terpecah menjadi beberapa sub-budaya lain seperti Hardcore Punk di Amerika yang lebih kasar dan berunsurkan politikal, New-wave, Gothicgoth, dan sebagainya. Meskipun tidak lagi popular pada dekad seterusnya di dalam media, punk bertanggungjawab dalam mengembangkan budaya lain seperti kegilaan [[rock alternatif]] dan grunge pada awal 1990-an, pop punk, emo dan juga [[Budaya Indie]] yang popular pada tahun-tahun kebelakangan ini.
 
==Fesyen Dan Stereotaip==