Al-Walid bin Abdul Malik: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Ibnuyassir (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Smim90 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
Sebelum Al-Walid b. Abdul Malik dilantik menjadi [[Khalifah]] terjadi perebutan tampok pemerintahan antara bapa saudaranya Abdul Aziz. Perebutan ini berakhir apabila Abdul Aziz meninggal lima bulan sebelum kematian bapanya, [[Abdul Malik b. Marwan]]. Selepas kematian Abdul Malik b. Marwan, anaknya Al-Walid b. Abdul Malik dilantik menjadi penggantinya memandangkan Al-Walid ialah anak sulung [[Khalifah]] Abdul Malik.
 
Seperti ayahnya, [[Khalifah]] Al-Walid terus membiarkan [[Hajjaj ibn Yusuf]] menjadi Gabenor [[Iraq]] dan berkuasa di sana. Al-Walid meneruskan sistem pemerintahan ayahnya dengan membina satu sistem kebajikan di samping membina hospital-hospital dan institusi pendidikan. Beliau juga amat meminati bidang kesenian dan mengambil langkah untuk memajukan bidang ini. Al-Walid juga meminati bidang seni bina dan beliau juga terlibat dalam usaha membaiki dan mempercantikkan [[Masjid an-Nabawi]] di [[Madinah]]. Tambahan pula, beliau membeli Gereja "Christian Basilica of St. John the Baptist" dan mengubahnya menjadi sebuah masjid iaitu [[Masjid Ummayyah]] (''St. John the Baptist ialah [[Nabi YahayaYahya a.s.]]''). Al-Walid juga membina sebuah angkatan laut yang kuat dan memperkuatkan lagi angkatan tentera.
 
Beliau juga telah membina dan menyiapkan pembinaan [[Masjid Al-Aqsa]] di [[Baitulmuqaddis]]. Al-Walid digantikan oleh adiknya, [[Sulaiman bin Abdul Malik]].