Kontena: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Orhanghazi (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 4:
'''Kontena''' atau '''peti pengangkutan''' ialah unit simpanan boleh guna semula yang digunakan untuk mengangkut barangan dan bahan mentah antara kawasan atau negara. Kontena yang dibuat mengikut spesifikasi ISO dirujuk sebagai "kontena ISO" manakala "kontena kiub tinggi" merujuk kepada kontena yang lebih tinggi dari saiz normal. Terdapat lebih kurang 17 juta kontena di dunia dan sebahagian besar perdagangan antarabangsa adalah melalui pengangkutan jarak jauh yang menggunakan kontena.
 
Sistem [[kontenarisasipengkontenaan]] dibangunkan dari reka bentuk satu kiub 8 kaki (2.44 m×2.44 m×2.44 m) yang digunakan oleh tentera Amerika Syarikat yang kemudiannya dipiawaikan kepada panjang 10 kaki (3.05 m), 20 kaki (6.10 m), dan 40 kaki (12.19 m). Terdapat juga reka bentuk yang lebih panjang, tinggi dan lebar yang banyak digunakan di seluruh dunia.
 
Pelbagai variasi kontena wujud untuk jenis kargo yang berbeza. Kaedah pengangkutan yang tidak menggunakan kontena termasuklah [[kargo pukal]], [[kargo pukal biasa]], dan tangki yang digunakan untuk cecair. Untuk penghantaran udara, "[[alat muatan unit]]" (''Unit Load Device'') yang lebih ringan yang ditetapkan oleh [[International Air Transport Association|IATA]] akan digunakan.