Kebolehubahan dan perubahan iklim: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
MelancholieBot (bincang | sumb.)
k bot menambah: bcl:Pagbabago nin klima
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 6:
 
Dalam penggunaan terkini, khususnya dalam konteks [[dasar alam sekitar]], istilah "perubahan iklim" selalu membawa erti perubahan iklim masa kini (lihat [[pemanasan global]]). Untuk maklumat mengenai sukatan suhu melalui pelbagai zaman, dan sumber-sumber data yang ada, lihat [[rekod suhu]]. Untuk penyifatan perubahan iklim sepanjang abad yang lalu, rujuk [[penyifatan perubahan iklim terkini]].
 
== Sebab ==
Soalan ini begitu banyak diperdebatkan kerana perubahan iklim boleh berlaku kerana proses semula jadi dan kegiatan manusia dan juga sistem iklim yang kompleks.
 
Terdapat bukti baru dan kuat bahawa pemanasan iklim selama 50 tahun lepas disebabkan kegiatan manusia. Ketulan ais yang diambil dari ais purba Antartika menunjukkan tahap karbon dioksida yang tinggi dari 650,000 tahun dahulu. Lebih banyak karbon dioksida di atmosfera bermakna suhu yang semakin panas. Dalam laporan 2007 IPCC kepada PBB, badan itu menyimpulkan lebih daripada 90 peratus penyebab pemanasan sejak 50-60 tahun adalah disumbangkan oleh manusia.
 
Sumbangan manusia ini termasuk peningkatan tahap gas yang memerangkap haba (gas rumah hijau) seperti karbon dioksida di atmosfera bumi. Satu cara manusia menyumbang kepada gas rumah hijau adalah dengan membakar bahan api. Contohnya penggunaan arang batu, minyak dan gas asli untuk menghasilkan elektrik, memanaskan rumah, memberi kuasa kepada kilang dan kereta.
 
Perubahan corak penggunaan tanah menyumbang juga. Pokok dan tumbuhan menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Apabila pokok dipotong untuk pembangunan, pertanian dan tujuan lain, ia tidak lagi boleh menggunakan karbon dioksida dan melepaskan oksigen. Pokok-pokok ini sebenarnya melepaskan karbon dioksida apabila ia mereput dan dibakar.
 
Dengan meningkatnya karbon dioksida dan gas rumah hijau lain meningkat, lebih banyak haba terperangkap dan suhu dunia pun naik. Ini menyebabkan perubahan ketara dalam musim.
 
[[Category:Perubahan iklim| ]]