Perang Saudara Amerika: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 25:
Di selatan, kebanyakan kerja-kerja di ladang dibuat oleh [[Perhambaan di Amerika Syarikat|hamba kulit hitam dari Afrika]]. Sementara di utara, mereka membuat undang-undang mengharamkan [[perhambaan]]. Negeri-negeri di utara memanggil negeri mereka negeri bebas (tiada hamba) dan mereka di selatan tidak mahu perhambaan dihapuskan. Sementara itu kebanyakan tanah di barat Amerika Syarikat tidak lagi menjadi sebuah negeri tetapi wilayah. Orang kulit putih yang berhijrah ke barat mahukan supaya wilayah-wilayah ini pada suatu hari nanti menjadi sebuah negeri dan mahukan ia menjadi negeri bebas.
 
[[Abraham Lincoln]], yang berasal dari utara, ketika berkempen untuk menjadi presiden tidak mahukan negeri-negeri mengamalkan perhambaan. Masyarakat di selatan yang mempunyai hamba tidak mahu undang-undang mengharamkan perhambaan dibuat di Amerika Syarikat. Pergaduhan dan pembunuhan berlaku beberapa tahun sebelum meletus Perang Saudara dan antaranya adalah "[[Kansas Berdarah]]" yang diakibatkan oleh Akta Kansas-Nebraska 1854.
 
Satu lagi faktor yang menyebabkan sikap tidak senang sesama mereka adalah perbezaan hidup antara masyarakat di utara dan selatan. Kebanyakan mereka di utara tinggal di bandar dan bekerja di kilang-kilang dan mereka ini mahukan polisi yang dapat membantu ekonomi mereka. Mereka di selatan pula tinggal di pekan kecil dan bekerja di ladang-ladang dan mahukan polisi yang dapat membantu ekonomi mereka. Kerana perbezaan ini, amat sukar untuk mereka bersetuju mengenai polisi-polisi yang baik untuk kedua-dua pihak.