Krisis Perlembagaan Malaysia 1988: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Adikhebat (bincang | sumb.)
Membatalkan semakan 642454 oleh 60.50.205.52 (Perbincangan)
Baris 45:
Walaupun banyak orang daripada pihak pembangkang, termasuk juga pihak bekas kerajaan seperti [[Tunku Abdul Rahman]], menganggap bahawa pemecatan Salleh Abas adalah sesuatu yang sangat dibenci, penyokong-penyokong Dr. Mahathir berkeras mengatakan bahawa perbuatan ini telah membebaskan badan kehakiman Malaysia daripada cara pemikiran jajahan. Pemecatan beberapa hakim itu diberikan justifikasi bahawa mereka telah menyalahgunakan wang awam untuk belanja peribadi &mdash; umpamanya, pembelian perabot mewah dari [[Itali]]. Tuntutan juga dibuat bahawa pemecatan-pemecatan itu telah menghapuskan kayu mati dan memperbaik kecekapan mahkamah-mahkamah, seperti yang dapat diperlihatkan daripada pengurangan tunggakan kes. <ref>Maidin, Zainuddin (1994). ''The Other Side of Mahathir'' (Mahathir Yang Sebelah Lain), m.s. 99, 101. Penerbitan & Penyedaran Utusan. ISBN 967-61-0486-8.</ref>
 
Kesan-kesan krisis ini masih dapat dirasa pada hari ini, disebabkan ketakutan badan kehakiman yang amat teruk sehingga badan itu tidak pernah berpulih daripada kebebasan [[pembuatan keputusan]] yang dahulu. Contoh yang terbaik tentang keadaan ini ialah perbicaraan [[Anwar Ibrahim]] yang mana satu keputusan bersalah telah dibuat oleh hakim-hakim di bawah tekanan-tekanan yang berketerlaluan daripada kerajaan.
 
 
== Kekesalan Kerajaan Malaysia ==