Stadium Nasional Bukit Jalil: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Malekhanif (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Didie (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
[[Stadium Nasional]] ialah pusat dan bangunan sukan paling terkenal di [[Kompleks Sukan Negara]]. Stadium Nasional ialah antara stadium yang terbesar di dunia dan menyediakan tempat duduk berbumbung untuk memberi keselesaan dan perlindungan optimum daripada cuaca untuk 100,000 penonton.
 
Stadium ini mampu menganjurkan pelbagai kegunaan ; sebagai tempat acara [[olahraga]] .Ia telah direkabentuk mengikut [[piawaian]] Kejohanan Dunia dan [[Olimpik]] dan mempunyai kemudahan padang dan trek. [[Trek sintetik]] 9 lorong berukuran 400 meter, lari jauh berhalangan dan lompat air , [[lompat tinggi]] , [[lompat jauh]] dan [[lompat kijang]], [[lompat galah]], [[lontar peluru]], [[lontar tukul besi]], [[lempar cakera]] dan [[lontarmerejam lembing]].
 
Pembinaan Stadium Nasional bermula dengan kerja penggalian untuk membentuk [[mangkuk]] pada Mac 1994.Lebih kurang satu pertiga stadium terdapat di bawah paras dasar di sekitarnya. Kemudian pada akhir 1994 kerja bermula di bahagian superstruktur konkrit. Sebuah kilang pemprosesan konkrit yang sementara dibina pada tapak itu bagi pembuatan komponen pratuang.