Mohamad Aziz: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurosagi7 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Che090572 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 34:
}}
 
'''Yang berhormat Datuk Mohamad Aziz''' merupakan ahli politik [[Malaysia]] berbangsa [[Melayu]] yang juga Ahli Parlimen P145 [[Sri Gading]], [[Johor]] dari [[Barisan Nasional]]-[[UMNO]]. Di peringkat akar umbi, beliau adalah timbalan pengerusi tetap UMNO bagi sesi 2008/2011.

==Kerjaya politik==
Dalam [[Pilihan Raya Umum Malaysia 2008]] beliau mengalahkan calon dari [[Parti Keadilan Rakyat]], Ali Markom dengan majoriti sebanyak 10,874 undi. Beliau memperolehi 19,641 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 8,767 undi.
 
Semasa perhimpunan agung UMNO ke-59 yang dijalankan pada 24 hingga 28 Mac 2009, beliau menjadi calon Timbalan Pengerusi Tetap UMNO bagi sesi 2008/2011 dan menang tanpa bertanding.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/special.asp?pr=umno2009&pg=barisan_amt.htm "Barisan Majlis Tertinggi UMNO Sesi 2008/2011", Utusan Online, 29 Mac 2009.]</ref>
 
==Kontroversi==
Pada 29 Oktober 2009, ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di Dewan Rakyat, beliau secara lantang mendesak Presiden MCA Datuk Seri [[Ong Tee Keat]] berundur kerana disifatkan sudah tidak mendapat kepercayaan parti selain imejnya yang sudah tercalar.Beliau juga turut mendesak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Tan Sri Dr [[Koh Tsu Koon]] untuk melakukan perkara sama kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik sebagai menteri.<ref>[http://www.malaysiakini.com/news/116173 "Wakil BN desak Ong, Koh undur", Malaysiakini.com, 29 Oktober 2009.]</ref> Kenyataannya mendapat reaksi negatif daripada lebih 30 ahli Pemuda dan Wanita Gerakan yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi Pemuda Gerakan Kebangsaan, Oh Tong Keong mengadakan protes di Menara PGRM bagi membantah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamad Aziz yang mendesak Presiden parti itu, Tan Sri Koh Tsu Koon meletak jawatan. Mereka juga menuntut supaya Mohamad menarik balik kenyataan beliau dan memohon maaf secara terbuka kepada Tsu Koon.<ref.[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm "Pemuda, Wanita Gerakan protes kenyataan Mohamad Aziz", Utusan Online, 31 Oktober 2009.]</ref> Protes ini tidak diendahkan oleh beliau dan menegaskan bahawa beliau tidak akan menarik balik kenyataannya dan juga tidak akan memohon maaf kerana beliau percaya bahawa beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan kenyataan itu pula dibuat semasa sesi perbahasan di Parlimen.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm "'Saya tidak akan minta maaf' - Mohamad", Utusan Online, 31 Oktober 2009.]</ref> Di dalam tindakbalas terhadap kenyataan Datuk Mohamad, Tsu Koon berkata bahawa beliau tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz walaupun mengakui bahawa tindakan Mohamad itu disifatkan mencemari semangat BN yang telah wujud sejak sekian lama.<ref>[http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_09.htm "Tsu Koon tidak terganggu dengan kenyataan Mohamad Aziz", utusan Online, 31 Oktober 2009.]</ref>
 
 
 
 
 
==Rujukan==
{{reflist}}
 
 
[[Kategori:Ahli politik UMNO]]
[[Kategori:Muslim Malaysia]]
[[Kategori:Melayu Malaysia]]