Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Baris 1:
'''3G''', singkatan untuk "Generasi Ketiga", ialah piawai dan teknologi [[telefon bimbit]] generasi ketiga yang menyusuli [[2G]]. Rangkaian 3G merupakan ''rangkaian telefon bimbit kawasan luas'' yang berkembang sehingga merangkumi [[Capaian internet jalur lebar|capaian internet kelajuan tinggi]] serta juga [[telefoni video]]. Ia membolehkan pengguna berkomunikasi menerusi [[video]] dari [[telefon bimbit]] ke [[komputer peribadi]], termasuklah [[komputer riba]]. Selain itu, pengguna juga dapat memuat turun lagu dan video pada kadar sepuluh kali ganda lebih pantas daripada teknologi 2G. Dilancarkan lebih dahulu di [[Jepun]] dan [[Korea Selatan]], lebih daripada 50% pelanggan telefon bimbit di kedua-dua negara itu menggunakan 3G. Bagaimanapun, antara 3 bilion langganan telefon bimbit di seluruh dunia, hanya 6.7% menggunakan 3G.
<br /><br />
 
 
Berbeza dengan rangkaian-rangkaian [[IEEE 802.11]], rangkaian-rangkaian 3G merupakan "rangkaian telefon bimbit kawasan luas" yang berkembang untuk merangkumi capaian [[internet]] kelajuan tinggi dan telefoni video. Rangkaian-rangkaian IEEE 802.11 merupakan rangkaian julat dekat dan [[lebar jalur]] tinggi yang dibangunkan, terutamanya untuk [[data]].