Undang-undang jenayah: Perbezaan antara semakan

Undang-undang berkaitan dengan jenayah
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
(Tiada perbezaan)

Semakan pada 07:11, 10 Mei 2006

Undang-Undang Jenayah

Undang-undang jenayah adalah suatu jenis undang-undang yang mengawal kesalahan yang dilakukan terhadap masyarakat.

Undang-undang jenayah perlu dibezakan dengan dengan undang-undang sivil. Sebagai contoh sekiranya seseorang mencuri, maka undang-undang jenayah yang akan digunakan untuk mengawal atau mengurus si pencuri itu. Siasatan, tangkapan dan dakwaan akan dibuat berpandukan undang-undang jenayah. Kesalahan mencuri itu dikawal oleh undang-undang jenayah kerana kesalahan mencuri tersebut dianggap sebagai kesalahan terhadap masyarakat.

Manakalah berbeza pula dengan keadaan apabila seseorang membeli barang secara kredit dan kemudian tidak membayar hutang kepada penjual barang pada tarikh yang dipersetujui. Maka undang-undang yang mengawal perkara tersebut adalah undang-undang sivil. Dalam situasi yang disebut di atas, ada beberapa undang-undang sivil yang boleh terpakai seperti undang-undang penjualan barang, undang-undang kontrak dan sebagainya. Undang-undang jenayah tidak akan digunakan untuk menentukan hak dan liabiliti penjual dan pembeli. Ini kerana urusan jual beli adalah dianggap aktiviti sivil antara individu.