Boston: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kamalzack (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Kamalzack (bincang | sumb.)
Baris 2:
 
== Sejarah ==
Boston diasaskan pada 17 November 1630 oleh peneroka [[Puritan]] dari [[England]]. Peneroka Eropah awal Boston memanggil kawasan tersebut sebagai "Trimountaine" (Tiga Gunung). Nama Boston diambil dari sebuat bandar yang juga bernama Boston di Lincolnshire, England, kerana ramai peneroka [[Pilgrim]] datang dari kawasan tersebut. Kebanyakan warga awal Boston terdiri daripada golongan Puritan. Peneroka Puritan ini juga mewujudkan sekolah awam dan universiti pertama Amerika iaitu [[Universiti Harvard]] pada tahun 1636. Sehingga tahun 1760an, Boston merupakan bandar terbesar di Amerika.
 
Pada awal tahun 1770an, pihak British cuba mengawal [[tiga belas koloni]] dengan cukai. Peristiwa ini menyebabkan penduduk Boston memulakan [[Revolusi Amerika]]. Antara peristiwa penting yang berlaku di Boston adalah [[Pembunuhan Beramai-ramai Boston]], [[Jamuan Teh Boston]] dan beberapa perang awal yang berlaku di dalam atau berdekatan dengan bandar ini.