Terminal komputer: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Tiada ringkasan suntingan
Baris 7:
 
Terminal pengguna awal yang disambungkan kepada komputer umumnya merupakan [[telepencetak]] elektromekanik (TTY) yang pada asalnya bertujuan untuk [[telegrafi]]. Menjelang awal dekad [[1970-an]], banyak orang dalam industri komputer menyedari bahawa terminal kemasukan data video dapat menggantikan [[kad tebuk]] yang digunakan secara meluas ketika itu serta memperkenalkan penggunaan komputer interaktif. Masalahnya adalah bahawa penyimpanan maklumat pada halaman teks memerlukan jumlah ingatan sebesar ingatan [[minikomputer]] bawahan yang digunakan ketika itu. Dengan itu, satu dorongan utama untuk membangunkan [[mikrokomputer]] merupakan pemudahan dan pengurangan bahan elektronik yang diperlukan di dalam terminal.
 
Makna yang khusus untuk istilah '''terminal dungu''' berbeza-beza, bergantung kepada konteksnya. Dalam konteks terminal komputer tradisional yang berkomunikasi melalui sambungan [[RS-232]] bersiri, terminal dungu merupakan terminal yang boleh menterjemahkan bilangan kod kawalan (CR, LF, dll.) yang terhad, tetapi tidak berupaya memproses [[jujukan lepasan]] khusus yang menjalankan fungsi seperti menghapuskan baris, memadamkan skrin, atau mengawal kedudukan [[kursor]].
 
Dalam konteks yang lebih umum yang merangkumi semua bentuk peranti komunikasi komputer [[papan kekunci]]/skrin, istilah "terminal dungu" kekadang merujuk kepada ''mana-mana satu'' jenis terminal komputer tradisional yang berkomunikasi secara bersiri melalui sambungan [[RS-232]] tetapi tidak memproses data atau melaksanakan atur cara pengguna di dalam terminal. Terminal ini termasuk [[komputer peribadi]], [[stesen kerja tanpa cakera]], [[komputer rangkaian]], [[klien nipis]], dan [[xterm|Terminal X]]. Istilah "terminal dungu" kekadang juga merujuk kepada:
* terminal komputer awam yang hanya memiliki keupayaan teks monokrom sahaja; dan
* terminal yang menghantar setiap aksara semasa ditaip, berbanding dengan menunggu sehingga ia ditinjau oleh komputer hos.
 
Terminal "cerdas" kemudian diperkenalkan, dengan [[VT52]] dan [[VT100]] dikeluarkan oleh [[Digital Equipment Corporation|DEC]]. Kedua-dua terminal ini masih dilagak dalam perisian secara meluas. Terminal ini digelar "cerdas" kerana berupaya menterjemahkan [[jujukan lepasan]] untuk menempatkan [[kursor]] dan mengawal paparan.
 
Kebanyakan terminal pada hari ini merupakan terminal grafik, iaitu ia boleh memaparkan imej yang berwarna, serta teks yang terdiri daripada berbagai-bagai saiz, warna dan [[fon]] (muka taip) pada skrin komputer. Istilah moden untuk terminal grafik ialah "[[klien nipis]]". Apabila peranti sebegini menggunakan paparan [[video]] seperti [[tiub sinaran katod]], ia digelar sebagai "unit paparan video", "unit paparan tampak (VDU), atau "terminal paparan video" (VDT). Unit paparan grafik tidak menggantikan terminal teks sama sekali kerana terminal teks memudahkan kerja [[pengatur cara]] komputer serta sesuai digunakan untuk [[antara muka garis perintah]] dan [[antara muka pengguna teks]].
 
== Lihat juga ==
Baris 62 ⟶ 72:
[[sv:Datorterminal]]
[[zh:終端]]
 
[[Kategori:Terminal komputer|Terminal komputer]]
[[Kategori:Antara muka pengguna]]
[[Kategori:Unix]]
[[Kategori:Teknologi sistem pengendalian]]