Kerakyatan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
PM Poon (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Alistair (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 3:
'''Kerakyatan''' ([[bahasa Inggeris]]: ''nationality'') merupakan hubungan di sisi [[undang-undang]] antara seseorang dengan sebuah [[negara]]. Jika sebuah negara hanya mempunyai satu sistem undang-undang, undang-undang itu akan bersepadan dengan persepsi yang umum, akan tetapi jika negara itu dibahagikan kepada negeri-negeri yang berasingan, peraturan yang berbeza-berbeza akan terjadi.
 
Dalam ''[[common law]]'' [[British]], setiap orang akan memperolehi [[domisilmastautin]] sewaktu dilahir. Ini merupakan hubungan antara seseorang dengan sistem undang-undang yang tertentu. Justera itu, seseorang mungkin mempunyai kerakyatan [[Australia]] tetapi domisil di [[New South Wales]], ataupun seseorang mempunyai kerakyatan [[Amerika Syarikat]] tetapi domisil di [[Arizona]]. Orang itu masih ditakluk oleh bidang kuasa negeri (''[[lex domicilii]]'' dalam [[Konflik Undang-Undang]]) bagi tujuan menentukan taraf dan keupayaannya (di sisi undang-undang) sewaktu dia keluar daripada kawasan negerinya; sebagai pertukaran, individu itu berhak mendapat perlindungan negeri, serta hak-hak yang lain. Ini adalah aspek [[dasar awam]] ''[[parens patriae]]'' yang berasal daripada [[kontrak sosial]]. Dalam sistem [[undang-undang sivil]] [[Eropah]], undang-undang kerakyatan (dikenali sebagai ''[[lex patriae]]'') ataupun undang-undang bagi tempat yang biasa didiaminya selalunya digunakan untuk menentukan taraf dan keupayaan (di sisi undang-undang) seseorang berbanding kegunaan domisilnya. Pada umumnya, setiap rakyat mempunyai hak kediaman dalam kawasan negaranya, walaupun terdapatnya beberapa kekecualian (umpamanya, [[Undang-undang Kerakyatan British]]).
 
Kerakyatan harus dibezakan daripada [[kewarganegaraan]]: seorang warganegara mempunyai hak-hak untuk menyertai bidang politik negerinya, seperti mengundi ataupun menjadi calon [[pilihan raya]]; sebaliknya, seorang rakyat tidak seharusnya mempunyai hak-hak tersebut, walaupun biasanya mereka mempunyainya.