Bahasa pengaturcaraan: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
VolkovBot (bincang | sumb.)
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot menambah: be-x-old:Мова праграмаваньня; perubahan kosmetik
Baris 1:
'''Bahasa pengaturcaraan''' atau bahasa kompulasi ialah teknik komunikasi piawai untuk menjelaskan arahan kepada [[komputer]]. Ia merupakan satu set peraturan sintaktik (''syntactic'') dan semantik (''semantic'') yang digunakan untuk menghasilkan sebuah [[program komputer]]. Bahasa pengaturcaraan membenarkan pengaturcara (''Programmer'') menspesifikasikan secara terperinci perkara-perkara berikut:-
 
* data yang diperlu diproses oleh komputer
* bagaimana data disimpan atau dihantar
* apa yang perlu dilakukan dalam pelbagai keadaan secara lebih mendalam (algoritma)
 
== Pengenalan ==
 
Fungsi utama bahasa pengaturcaraan ialah untuk membenarkan Juruaturcara menyampaikan hasratnya bagi proses perkomputeran, dengan lebih mudah berbanding dengan apa yang mereka boleh lakukan dengan [[Bahasa Tahap Rendah]] atau [[Kod Mesin]]. Disebabkan tujuan ini, bahasa pengaturcaraan secara amnya direkabentuk untuk menggunakan sintaks tahap tinggi, yang lebih mudah difahami oleh Juruaturcara. bahasa pengaturcaraan adalah peralatan yang penting bagi membantu [[Jurutera Perisian]] (Software Engineer) untuk menulis [[Program komputer|Aturcara]](program) yang lebih baik dengan lebih cepat.
Baris 12:
 
Dalam beberapa dekad kebelakangan ini, kebanyakan bahasa komputer telah diperkenalkan, bersilih-ganti, dan telah diubahsuai atau digabungkan. Walaupun terdapat beberapa percubaan untuk menghasilkan hanya satu bahasa pengaturcaraan universal yang boleh diguna untuk pelbagai tujuan, namun kebanyakan percubaan ini telah gagal. Beberapa bahasa pengaturcaraan lain masih diperlu kerana
* penggunaannya yang berbeza dari segi penghasilan perisian perniagaan, sains, serta hobi.
* Sesetengah bahasa pengaturcaraan tidak sesuai digunakan oleh pengguna baru, dan memerlukan kepakaran.
* Juruaturcara mempunyai citarasa tersendiri
* masa larian mungkin berbeza bagi aturcara yang <sub>*</sub>dilarikan pada pengawal mikro(microcontroller), dengan aturcara yang dilarikan pada [[Superkomputer]].
 
<small><sub>*</sub>"dilarikan" di sini bermaksud melancarkan aturcara</small>
 
Terdapat pelbagai bahasa dengan fungsi khusus dan digunakan untuk situasi tertentu:
* [[PHP]] ialah bahasa pengskripan yang digunakan dalam pembangunan web
* [[Perl]] lebih sesuai untuk memanipulasi perkataan
* [[Bahasa pengaturcaraan C|Bahasa C]] lebih luas penggunaan dalam pembangunan [[Sistem Pengoperasian]] dan [[Penyusun]]
 
Bahasa pengaturcaraan membolehkan atur cara komputer kurang bergantung pada mesin atau persekitaran tertentu sahaja. Ini kerana bahasa pengaturcaraaan ditukar menjadi kod mesin untuk mesin tertentu, dan bukan dilarikan secara terus oleh mesin. Ini merupakan tujuan utama penghasilan bahasa pengaturcaraan [[Fortran]], (salah satu daripada bahasa pengaturcaraan yang pertama), iaitu ketidak-bergantungan terhadap mesin.
 
Terdapat 2 mekanisme yang digunakan untuk menterjemah sesuatu aturcara, yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan, kepada kod mesin tertentu pada komputer:
* Mekanisme kompilasi
* Mekanisme Penterjemah
 
=== Mekanisme kompilasi ===
Mekanisme terjemahan yang menterjemah teks aturcara secara keseluruhan dan kemudian melarikan format dalamannya. [[Pengkompil|Aturcara Pengkompil]] menerima teks aturcara(dikenali sebagai [[kod sumber]]) sebagai data input, dan membekalkan kod objek sebagai output. Kod Objek yang dihasilkan adalah kod mesin yang boleh dilarikan secara terus oleh [[CPU]] komputer, atau kod yang padan dengan spesifikasi [[Mesin Maya]](Virtual Machine).
 
=== Mekanisme pentafsir ===
Mekanisme terjemahan yang menterjemah kod atur cara pada masa-jalanan(runtime), di mana setiap langkah yang ditafsir dilarikan terus. Penghasilan aturcara dengan cara ini biasanya dilarikan lebih lambat berbanding aturcara yang dikompil. Walau bagaimanapun, ia lebih fleksibel kerana boleh berinteraksi dengan persekitaran jalanan. Untuk maklumat lanjut, lihat [[bahasa tafsiran]]. Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan cara ini dikenali sebagai [[bahasa skrip]].
 
Baris 39:
<!--more text from english wiki, did not include-->
 
== Ciri-ciri bahasa pengaturcaraan ==
Setiap bahasa pengaturcaraan boleh digambarkan sebagai satu set spesifikasi yang formal dengan sintaks, perbendaharaan kata, dan maksud. Spesifikasi ini termasuk:
* Data dan struktur data
* Arahan dan [[Aliran Kawalan]](Control Flow)
* Mekanisme rujukan dan penggunaan semula
* Falsafah reka bentuk
 
Kebanyakan bahasa yang diguna secara meluas (atau yang telah diguna dalam tempoh yang lama), mempunyai badan piawaian yang sering bermesyuarat untuk mencipta dan menerbit bahasa tersebut dengan definisi formal, dan membincangkan tentang mengembangkan atau menambah definisi yang sedia ada.
 
=== Data dan struktur data ===
 
Di dalam sebuah komputer digital yang moden, data disimpan dalam bentuk [[binari]] (keadaan pasang-tutup - on-off state). Data biasanya mewakili maklumat dalam dunia nyata seperti nama, akaun bank, dan pengukuran. Maka data tahap rendah diatur oleh Bahasa Pengaturcaraan kepada konsep tahap tiggi tersebut.
Baris 75:
<!--left off one paragraph here-->
 
=== Arahan dan aliran kawalan ===
 
Setelah data dispesifikasikan, mesin kemudiannya diarahkan cara melakukan operasi pada data. Ungkapan mudah boleh dispesifikasikan mengguna katakunci, atau mengguna stuktur tatabahasa yang jelas. Setiap Bahasa mengambil unit-unit daripada ungkapan dan menggabungkan mereka menggunakan sistem aturan. Bergantung dengan Bahasa, cara yang berbeza digunakan untuk menyusun ungkapan mudah kepada kumpulan. Ini membenarkan pengguna untuk menulis aturcara yang berupaya untuk menerima bermacam-macam input, dan tidak hanya tertakluk pada nilai yang terhad. Tambahan lagi, selain arahan untuk memanipulasi data, arahan lain yang biasa digunakan dalam Bahasa Pengaturcaraan adalah arahan untuk Aliran Kawalan(cawangan, takrifan ''case'', ''loop'', jejakbalik, fungsi komposisi) .
 
=== Mekanisme rujukan dan guna semula ===
 
Idea di sebalik ''Rujukan'' (''reference''), ialah perlunya sesuatu cara untuk menetapkan muatan storan(''storage space'') secara tidak langsung. Cara yang biasa digunakan ialah menerusi pembolehubah bernama. Bergantung dengan Bahasa, rujukan mungkin berupa penunjuk (''pointer'') kepada muatan storan lain, yang disimpan dalam bentuk pembolehubah (atau satu kumpulan pembolehubah). Serupa dengan cara penamaan storan (menggunakan penunjuk), ialah cara untuk menamakan satu kumpulan arahan. Kebanyakan Bahasa Pengaturcaraan menggunakan panggilan [[Makro]], panggilan prosedur, atau panggilan fungsi, sebagai ungkapan yang mengguna nama tersebut. Penggunaan nama simbolik dengan cara ini membolehkan aturcara menjadi lebih fleksibel, selain membolehkan penggunaan semula aturcara (''reusability''). Rujukan tidak langsung kepada aturcara yang ada, atau bahagian data sedia ada, membenarkan kebanyakan Bahasa Pengaturcaraan Berorientasikan Aplikasi untuk menyatukan operasi biasa seolah-olah ia termasuk di dalam Bahasa Pengaturcaraan.
 
== Falsafah rekabentuk ==
 
Sempena tujuan yang disebut di atas, setiap Bahasa Pengaturcaraan telah dibangunkan menggunakan rekabentuk khas atau falsafah. Beberapa aspek ditekankan seperti, cara Bahasa menggunakan Stuktur Data, atau dengan notasi khas apakah yang menggalakkan cara penyelesaian tertentu atau menyampaikan strukturnya.
Baris 89:
Disebabkan Bahasa Pengaturcaraan adalah Bahasa tak tulen/artifisil(artificial), ia memerlukan disiplin yang tegas, untuk menspesifikasikan secara tepat operasi yang dikehendaki. Bahasa Pengaturcaraan tidak lari daripada ralat, bagaimanapun beban untuk mengenali dan menggunakan perbendaharaan kata khas dikurangkan dengan penggunaan pesanan bantuan yang dijanakan oleh Bahasa Pengaturcaraan. Terdapat beberapa Bahasa Pengaturcaraan yang memberi kebebasan yang lebih tinggi dengan membenarkan ubahsuaian-diri (self modification), di mana aturcara menulis semula bahagian dalamannya untuk menangani kes baru. Biasanya, hanya Bahasa Mesin, dan ahli daripada Keluarga Lisp yang menyediakan kemampuan tersebut. Beberapa Bahasa Pengaturcaraan seperti MUMPS dan Perl membenarkan pengubahsuaian terhadap Struktur Data yang mengandungi serpihan aturcara, dan menyediakan cara untuk memindahkan kawalan aturcara kepada Struktur Data. Bahasa yang menyokong Pautan Dinamik(dynamic linking) dan pemuatan (loading), seperti C, C++ dan Java, berupaya meniru (emulate) sifat ubahsuaian-diri, dengan memasukkan pengkompil kecil atau memanggil pengkompil dan memautkan kod objek yang terhasil. Penterjemahan kod dengan mengkompilnya semula dalam masa nyata dipanggil Pengkompilasi Semula Dinamik(dynamic recompilation). [[Emulator]] dan [[Mesin Maya]] mengeksploit teknik ini bagi mendapat prestasi yang lebih.
 
== Sejarah bahasa pengaturcaraan ==
 
Pembangunan Bahasa Pengaturcaraan mengikut perkembangan proses fizikal dan elektronik yang diguna dalam komputer hari ini.
Baris 101:
Penemuan seterusnya dalam teknologi elektronik (transistor, litar bersepadu, dan cip), telah mendorong pembangunan komputer yang lebih diharap, dan berguna. Pembangunan ini selari dengan pembangunan beberapa variasi Bahasa Komputer yang dilarikan di atasnya. Apabila Komputer lebih mudah didapati dan diguna, lebih ramai pengguna menggunakan komputer. Ledakan pembangunan ini seterusnya menyebabkan kemunculan [[Internet]], lebih mudah mendapatkan [[Komputer Peribadi]], serta meningkatkan penggunaan Bahasa Pengaturcaraan Komputer, seperti Python, Visual Basic, dan sebagainya.
 
== Pengkelasan bahasa pengaturcaraan ==
 
* [[Bahasa Pengaturcaraan Serba Guna]]
* [[Bahasa Pengaturcaraan Fungsi]]
* [[Bahasa Pengaturcaraan Berstruktur]]
* [[Bahasa Pengaturcaraan Berorientasikan Objek]]
* [[Bahasa Pengaturcaraan Logik]]
* [[Bahasa Pengaturcaraan Konkuren]]
* [[Bahasa skrip]]
 
== Lihat juga ==
Baris 132:
[[su:Basa program]]
[[be:Мова праграмавання]]
[[be-x-old:Мова праграмаваньня]]
[[bs:Programski jezik]]
[[br:Areg]]