Dewan Undangan Negeri di Malaysia: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Siber79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
 
Siber79 (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 2:
 
Sultan atau Yang DiPertua Negeri akan mengadakan persidangan dari masa ke semasa dan akan mengetuai persidangan tersebut. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan dikekalkan selama 5 tahun sekiranya tidak dibubarkan dalam jangka masa tersebut. Sultan atau Yang DiPertua Negeri boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri. Setelah dibubarkan, pilihanraya umum mesti diadakan dalam jangka masa enam puluh (60) hari dari tarikh pembubaran.
 
==Kelayakan==
Kelayakan menjadi ahli adalah seperti berikut;
 
warga negara Malaysia
tidak kurang dari 21 tahun
waras fikiran
bukan seorang muflis
tidak mempunyai rekod jenayah
 
Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) boleh memegang sebagai ahli Dewan Rakyat dan ADUN dalam satu masa.
 
Sebelum memegang sebarang kerusi dalam Dewan Undangan Negeri , setiap ahli dimestikan mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dewan Undangan Negeri. Ahli tersebut hendaklah bersumpah atau berjanji bahawa mereka akan taat menjalankan tugas-tugas mereka sebagai ahli Dewan sebaik yang mungkin dan taat setia kepada negeri dan Malaysia serta mematuhi, menjaga dan mempertahankan Perlembagaan.