Talian Pelanggan Digital: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Kurniasan (bincang | sumb.)
Kurniasan (bincang | sumb.)
Baris 7:
== Suara dan data ==
 
[[Fail:Comparison of DSL and dial-up connections.svg|thumb|right|Membezakan DSL & Dial-UpDailan]]
 
DSL (VDSL) pada kebiasaanya bekerja dengan membahagikan frekuensi yang digunakan dalam talian-telefon tunggal kepada dua "jalur" utama. Data [[Pembekal khidmat Internet|ISP]] menggunakan [[jalur frekuensi]] tinggi (25 kHz ke atas) manakala suara menggunakan jalur frekuensi rendah (4 kHz ke bawah). (Lihat rencana [[ADSL]] untuk maklumat mengenai pembahagian separa jalur berfrekuensi tinggi). Pengguna umumnya memasang [[penapis DSL]] pada setiap alur keluar telefon. Dengan ini, frekuensi-frekuensi tinggi daripada talian telefon ditapis supaya telefon menghantar atau menerima frekuensi-frekuensi yang lebih rendah sahaja, dan pengguna cuma akan mendengar suara manusia. [[Modem DSL]] dan peralatan telefon biasa boleh digunakan serentak pada talian tersebut tanpa sebarang gangguan antara satu sama lain, dengan syarat kesemua peranti suara menggunakan penapis.
 
== Tatacara biasa persediaan dan sambungan ==
Sambungan fizikal mestilah didahulukan. Pada pihak pengguna, Penghantar-terima DSL, atau ATU-R, atau lebih dikenali sebagai modem DSL, disambung pada talian telefon. Syarikat telefon (telco) menyambungkan hujung talian yang satu lagi kepada [[DSLAM]], yang menumpukan sejumlah besar sambungan DSL individu kepada satu kotak tunggal. Kedudukan DSLAM bergantung kepada telco, namun ia tidak boleh diletakkan teramat jauh daripada pengguna oleh kerana pemerosotan, kehilangan data yang disebabkan oleh rintangan elektrik dalam jumlah besar yang ditembung semasa data bergerak di antara DSLAM dan modem DSL pengguna. Adalah biasa bagi beberapa blok-blok kediaman disambungkan kepada satu DSLAM.
 
Apabila modem DSL dihidupkan, ia akan melalui sebuah tatacara segerak. Proses sebenar berubah mengikut modem tetapi umumnya melibatkan langkah-langkah berikut:
 
# Penghantar-terima DSL melakukan percubaan kendiri.
# Penghantar-terima DSL memeriksa penyambungan di antara DSL dan [[komputer]]. Bagi variasi kediaman untuk DSL, selalunya ini ialah port [[Ethernet]] (RJ-45) atau port [[USB]]; dalam model-model jarang, port [[FireWire]] digunakan. Modem-modem DSL lama memakai antara muka ATM tempatan (biasanya, antara muka sesiri 25 Mbit) Selain itu, beberapa variasi DSL (misalnya SDSL) menggunakan sambungan sesiri segerak.
# Penghantar-terima DSL kemudiannya cuba untuk [[segerak|bersegerak]] dengan [[DSLAM]]. Data cuma boleh masuk ke komputer apabila DSLAM dan modem telah disegerakkan. Proses penyegerakan adalah pantas secara relatifnya (dalam lingkuanga saat) tetapi amat rumit, melibatkan banyak percubaan yang membolehkan kedua belah hujung sambungan untuk mengoptimumkan prestasi mengikut ciri-ciri talian yang digunakan. Unit modem luaran atau berdikari mempunyai penunjuk berlabel "CD", "DSL", atau "LINK", yang boleh digunakan untuk menandakan modem tersebut telah tersegerak. Semasa penyegerakan lampunya bercahaya; apabila tersegerak, lampunya terus menyala, selalunya berwarna hijau.
 
[[Get laluan]] DSL moden mempunya kefungsian yang lebih banyak dan selalunya melalui tatacara pengawalan yang amat serupa dengan but PC. Imej sistem dimuatkan dari [[memori flash]]; sistem membut, menyegerakkan sambungan DSL dan mewujudkan sambungan IP di antara rangkaian tempatan dan pembekal khidmat, menggunakan protokol-protokol seperti [[DHCP]] atau [[PPPoE]]. Imej sistem selalunya boleh dikemaskinikan untuk membetulkan pepijat, ataupun untuk menambah kefungsian baru.
 
== Protokol dan tatarajah ==