Mir-Hossein Mousavi: Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Muro Bot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: eo:Mir Hosejn Musavi
Xqbot (bincang | sumb.)
k bot mengubah: pl:Mir-Hosejn Musawi; perubahan kosmetik
Baris 1:
{{Infobox Prime Minister
|name = Mir-Hossein Mousavi Khameneh<br /><small>میرحسین موسوی خامنه</small>
|image = Mir Hossein Mousavi in Zanjan by Mardetanha.jpg
|caption = Mousavi with a green shawl, marking his presidential campaign color, in 2009.
Baris 6:
|term_start = 31 October 1981
|term_end = 3 August 1989
|leader = [[Ruhollah Khomeini]]<br />[[Ali Khamenei]]
|president = [[Ali Khamenei]]
|predecessor = [[Mohammad-Reza Mahdavi Kani]] <small>(Acting)</small>
Baris 22:
'''Mir-Hossein Mousavi Khameneh''' (dilahirkan pada [[29 September]] [[1941]]) merupakan ahli politik [[reformis]] [[Iran]], [[pelukis]] dan [[arkitek]] .Beliau merupakan bekas [[Perdana Menteri Iran]] dari 1981 hingga 1989. Ketika ini Mousavi adalah presiden Akademi Seni Iran dan calon [[Pilihan raya Presiden Iran 2009]].
 
Mousavi adalah [[Perdana Menteri Iran]] teakhir di [[Iran]] sebelum perubahan [[Perlembagaan Iran]] yang telah membuang jawatan perdana menteri. Sebelum ini, Mousavi merupakan Menteri Hal-ehwal Luar Negeri Iran. Mousavi juga seorang ahli Dewan Tinggi Revolusi Budaya. Mousavi memegang sarjana arkitek daripada Universiti Shahid Beheshti. Awal revolusi, Mousavi merupakan ketua editor akhbar rasmi Parti Republik Islam, Jomhouri-e Eslami (Republik Islam) di pilihan raya presiden 2009, Mousavi memilih hijau sebagai warna kempennya.
 
== Awal kehidupan dan kerjaya ==
 
Mir-Hossein Mousavi telah dilahirkan pada 29 September 1941 di [[Khameneh]], [[Azarbaijan]] Timur, [[Iran]]. Bapanya Mir-Esma'il Mousavi, seorang pedagang daripada [[Tabriz]]. Mousavi menikahi Zahra Rahnavard, seorang canselor Universiti Alzahra dan penasihat politik bekas [[Presiden Iran]] [[Mohammad Khatami]]. Mousavi adalah abang ipar [[Pemimpin Agung Iran]], [[Ali Khamenei]].[2]
 
Mousavi belajar di sekolah tinggi di Tehran pada 1958. Di University Kebangsaan Teheran (kini Universiti Shahid Beheshti), Mousavi mengkhusus dalam jurusan seni bina dan lulus dengan BA pada 1969. Pada 1983, Mousavi mengkhusus dalam jurusan senibina Islam tradisional.
 
Pertengahan 1979 Mousavi pernah dilantik oleh Khomeini ke jawatan Majlis Revolusi Islam.Sebagai editor rasmi Parti Republikan Islam, Jomhouri-e Eslami, Mousavi diserang oleh [[Abolhassan Banisadr]], presiden pertama Republik Islam. Mousavi pernah dilantik sebagai menteri luar.
 
== Perdana Menteri Iran ==
 
Mir-Hossein Mousavi, mempunyai reputasi "jujur, merendah diri dan seorang penyokong rakyat massa" semasa menjadi Perdana Menteri 1981-1989. Mousavi mengelakkan semua hubungan dengan barat dan menyokong dasar pemiliknegaraan syarikat asing dan kawalan ekonomi. Mousavi ditentang oleh perikatan ulama konservatif dan para peniaga. Pada 1988 , badan hak asasi manusia Rights Watch , menyatakan kerajaan Iran menahan beribu-ribu banduan politik di penjara-penjara Iran. Ada diantaranya tewlah dihukum mati. Mousavi juga menyokong fatwa hukuman mati yang dikeluarkan oleh oleh [[Khomeini]] pada 1989 terhadap [[Salman Rushdie]]. Iran menafikan menafikan kaitannya dengan Krisis tebusan Lebanon dan video mayat William R Higgins di [[Beirut]].Peranan beliau semasa [[Perang Iran-Iraq]] sebagai perdana menteri Iran juga dipertikaikan.
 
== Pilihan raya lalu ==
 
Mousavi enggan bertanding [[Pilihan raya Presiden Iran 1997]]. Pemimpin ulama [[Mohammad Khatami]] telah dipilih sebagai presiden.Semasa pentadbiran Khatami, Mousavi dilantik Penasihat Kanan Presiden.
 
Mousavi dianggap sebagai calon utama perikatan reformis dalam [[Pilihan raya Presiden Iran 2005]]. Bagaimanapun, pada 12 Oktober 2004 Mousavi secara rasmi menolak menjadi calon.Calon lain ialah [[Mehdi Karroubi]] dan [[Mohammad Mousavi-Khoiniha]].
 
 
== Pilihan raya presiden 2009 ==
 
Selepas 20 tahun senyap,pada 9 Mac 2009 Mousavi mengumumkan akan bertanding dalam pilihan raya 2009. Tema kempen beliau ialah keadilan sosial, persamaan dan keadilan, kebebasan bersuara, membanteras rasuah dan menjadikan zakat sebagai asas ekonomi. Mousavi mengkritik dasar konservatif pimpinan Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Pada 16 Mac 2009, bekas [[Presiden Iran]] Khatami menarik diri dari bertanding dan menyatakan sokongan terhadapa Mir-Hossein Mousavi.
 
 
Mousavi berhasrat mengubah [[Perlembagaan Iran]]. Larangan pemilikan persendirian stesen televisyen hendaklah dihapuskan. Dasar sekarang ialah stesen televisyen dimiliki oleh kerajaan sahaja.Wakil rakyat hendaklah meewakili rakyat.
 
Pilihan raya pada 12 Jun, 2009 menunjukkan Mausavi kalah kepada Ahmadinejad.Kononnya ada campur tangan daripada Menteri Dalam Negeri, [[Sadegh Mahsouli]], sekutu Ahmadinejad.
 
== Dasar-dasar Mousavi ==
Mousavi mahu dasar persekitaran bebas terhadap aliran maklumat .Bajet kebangsaan hendaklah diperbetulkan.Msaousavi mahu pertumbuhan TV swasta dan bukan hanya rangkaian televisyen kerajaan.Hentikan operasi "Polis Moral" Mengenai [[program nuklear Iran]] Mousavi mahu kosnya dikurangkan .
 
Mousavi akan mengubah dasar diskriminasi wanita di Iran jika Mousavi menang pilihan raya.Pasukan polis moral akan dibubarkan. Wanita akan dilayan secara saksama termasuk boleh membuat keputusan terhadap kewangan dan pembuatan keputusan badan-badan.
Baris 80:
[[ja:ミール・ホセイン・ムーサヴィー]]
[[no:Mir-Hossein Mousavi]]
[[pl:Mir-HosseinHosejn MousaviMusawi]]
[[pt:Mir Hussein Mussavi]]
[[ru:Мусави, Мир-Хосейн]]