Doujutsu (Naruto): Perbezaan antara semakan

Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Lone totti (bincang | sumb.)
Mencipta laman baru dengan kandungan ''''{{Nihongo|Dōjutsu|瞳術|Teknik Mata Khas}}''' merupakan kebolehan genetik seorang ninja untuk menggunakan mata mereka dan membolehkan mereka menggunakan k...'
 
Lone totti (bincang | sumb.)
Baris 52:
[[Senarai Teknik menggunakan Rinnegan]]
 
===Sharingan / Mangekyo Sharingan===
[[Fail:Sharingan Triple.png|thumb|right|175px|Bentuk mata pemilik "Sharingan" milik klan [[Uchiha]] apabila diaktifkan sepenuhnya.]]
[[Fail:Sharingan milim sasuke.jpg|thumb|right|175px|"Sharingan" milik [[Sasuke Uchiha]] ketika mempunyai dua tomoe.]]
[[Fail:Kakashi sharingan.jpg|thumb|right|175px|"Sharingan" yang dimiliki oleh [[Kakashi Hatake]].]]
'''{{Nihongo|Sharingan|写輪眼|Mata Roda Karang}}''' atau turut dikenali sebagai "Mata Roda Peniru" merupakan satu doujutsu dari kekkei genkai yang dimiliki dan diwarisi oleh klan Uchiha.
 
====Peringkat====
Sharingan, tidak seperti Byakugan tidak dapat diaktifkan secara automatik daripada waktu lahir. Ia pertama kali diaktifkan dengan satu bentuk daya "tekanan" perasaan dan kemudiannya dapat digunakan secara sesuka hati pada bila-bila masa. Apabila pertama kali diaktifkan oleh penggunanya, Sharingan memiliki jumlah "tomoe" (巴) yang berbeza di sekeliling anak matanya. Seorang pengguna Sharingan akan dapat mengubahkan bentuk mata ini dengan jumlah tomoe maksimum sehingga tiga tomoe melalui latihan dan penggunaan yang terus-menerus. Apabila Sharingan mereka mengalami perubahan, keupayaan mereka turut meningkat seiring dengan perubahan bilangan tomoe yang dimiliki. Peningkatan keupayaan yang lain bagi Sharingan dengan tiga tomoe adalah ke dalam bentuk "Mangekyo Sharingan", yang mana ianya hanya dapat dikuasai melalui tekanan perasaan akibat kehilangan orang yang paling rapat dengan penggunanya.
 
====Keupayaan====
Keupayaan pertama Sharingan adalah ianya dapat digunakan untuk melihat aliran chakura. Pemilik Sharingan dapat memastikan sama ada seseorang itu di bawah pengaruh [[genjutsu (Naruto)|Genjutsu]] atau tidak kerana mereka dapat melihat pergerakkan chakura yang kucar-kacir dalam tubuh seseorang.
 
Keupayaan kedua Sharingan dan dianggap paling penting adalah keupayaan yang membenarkan penggunanya memiliki daya persepsi atau ramalan, membolehkan mereka mengenal pasti genjutsu dan bentuk lain pengunaan chakura walaupun tidak seperti pengguna Byakugan. Melalui keupayaan daya meramal ini membenarkan mereka untuk mengumpul data secara terperinci, membaca gerak bibir atau meniru pergerakkan kecil seperti meniru pergerakkan menulis. Apabila keupayaan Sharingan ditingkatkan, memiliki lebih banyak tomoe, ia membolehkan penggunanya mengesan pergerakan atau tindakan sesuatu objek yang bergerak dengan kelajuan yang tinggi yang membenarkan penggunanya meramal pergerakkan musuh yang selanjutnya. walaupun kadang kala mereka dapat meramal pergerakan musuh atau mengetahui musuh akan menyerang, tubuh mereka berkemungkinan masih tidak dapat bertindak balas terhadap serangan musuh.
 
Keupayaan Sharingan yang ketiga merupakan yang paling dikenali kerana ia membolehkan penggunanya mengingati sebarang teknik yang pernah dilihat oleh mereka (kecuali teknik dihasilkan daripada kekkei genkai). Penggunanya dapat mengingati sebarang teknik Ninjutsu, Genjutsu atau pun Taijutsu dengan ketepatan yang tinggi dan menggunakannya untuk diri sendiri atau mengubahsuaikannya menjadi teknik baru milik mereka sendiri contohnya; [[Sasuke Uchiha]] yang mengubahsuai teknik [[Singa Berantai]]. Untuk melakukan jutsu yang ditiru tidak mudah. Seseorang pengguna Sharingan mesti memiliki keupayaan atau skil untuk melakukannya. Contoh terbaik adalah taijutsu yang dimiliki oleh [[Rock Lee]]. Ketika Sasuke meniru segala pergerakan teknik taijutsu milik Rock lee, ia telah memberikan beban yang berlebihan kepadanya kerana Sasuke tidak mempunyai atau melakukan latihan yang sama seperti Rock Lee. Selain tahap skil fizikal dan kekkei genkai, Sharingan juga tidak dapat meniru teknik atau jutsu yang bergantung kepada faktor luaran seperti teknik seruan "Kuchiyose" jika mereka tidak memiliki kontrak dengan objek seruan tersebut.
 
Keupayaan terakhir Sharingan adalah memberikan kesan ilusi yang unik seperti genjutsu yang mempengaruhi pergerakan atau pemikiran seseorang (seperti hipnosis) melalui perhubungan dengan mata mereka. Apabila ianya digunakan bersama keupayaan lain Sharingan, ia membolehkan penggunanya meniru atau melakukan mimik setiap pergerakan yang dilakukan oleh musuh walaupun sebelum musuh melakukan pergerakkan tersebut, memperlihatkan seperti pengguna Sharingan tersebut mampu "melihat masa depan". Pengguna Sharingan yang lebih tinggi keupayaannya mampu menggunakan teknik hipnosis ini dengan lebih berkesan dengan memerangkap musuh dengan suatu bentuk ilusi. Kekuatan kesan ilusi mata Sharingan bergantung pada tahap pengetahuan dan kebolehan mereka dalam penggunaan genjutsu.
 
Walaupun Sharingan menggunakan chakura penggunanya ketika dalam keadaan aktif, tahap chakura yang diperlukan ketika mengaktifkan Sharingan adalah tidak ketara serta mereka boleh sentiasa mengaktifkan mata Sharingan tersebut. Sevagai contoh, [[Itachi Uchiha]] sangat mahir dengan kebolehan ini dan dapat membiarkan Sharingan miliknya sentiasa dalam keadaan aktif dan hanya menyahaktifkannya selepas mengenakan [[Mangekyo Sharingan|Tsukuyomi]] ke atas Sasuke dan ketika melarikan diri dari [[Jiraiya (Naruto)|JIraiya]] menggunakan [[Mangekyo Sharingan|Amaterasu]].Namun, apabila Sharingan dipindahkan kepada seseorang yang bukan dari pendarahan klan Uchiha, kesan pembaziran chakura jelas kelihatan meyebabkan mereka terpaksa menutupnya apabila tidak digunakan untuk mengelakkan pembaziran chakura seperti yang dilakukan oleh [[Kakashi Hatake]] atau [[Danzo (Naruto)|Danzo]].
 
====Pengaktifan Sharingan====
Seperti yang diketahui, Sharingan hanya dapat diaktifkan di bawah pengalaman "tekanan perasaan" yang dilalui oleh seseorang klan Uchiha. Apabila dapat diaktifkan untuk pertama kali, ianya dapat digunakan aktifkan sesuka hati di masa yang lain. Ia juga adalah tidak mustahil untuk memindahkan Sharingan kepada seseorang yang lain seperti yang berlaku kepada Kakashi Hatake; di mana Kakashi menerima mata Sharingan kiri daripada [[Obito Uchiha]]. Oleh kerana itu, Sharingan milik Kakashi tidak dapat dinyahaktifkan. Penggunaan Sharingan bagi mereka yang tidak memiliki pendarahan klan Uchiha adalah sangat membazir chakura. Oleh yang demikian, kebanyakkan masa, Kakashi akan menutup mata Sharingan tersebut dengan kain diraj dahi yang dipakainya untuk menjimatkan chakura. Kakahsi juga memerlukan masa yang agak lama apabila menggunakan Sharingan melampaui beban dan kemampuannya. Begitu juga yang dialami oleh Danzo di mana dia juga menggunakan kain balutan untuk menutup mata Sharingan kanan yang dimilikinya daripada [[Shisui Uchiha]]. Danzo juga turut memiliki beberapa lagi Sharingan di tangan kanannya.
 
Pemindahan Sharingan daripada seseorang Uchiha yang masih hidup atau yang telah mati kepada Uchiha yang lain adalah satu-satunya langkah untuk mengelakkan mereka kehilangan daya penglihatan akibat penggunaan Mangekyo Sharingan yang berterusan. Pengguna Sharingan tersebut kemudiannya dikatakan akan memiliki "Mangekyo Sharingan Kekal Abadi".
 
====Trivia====
*Sesetengah watak percaya bahawa Sharingan merupakan susur galur daripada mata Byakugan yang dimiliki oleh klan [[Hyuga]]. Pernyataan yang menyatakan bahawa Sharingan sebenarnya dari perwarisan "Rinnegan", menjadikan Byakugan berkemungkinan hasil daripada perwarisan Dojutsu yang lain.
 
====Lihat juga====
*Senarai Pengguna Sharingan
*Senarai Teknik Menggunakan Sharingan
 
===Mangekyo Sharingan===
 
===Ranmaru-Kekkei Genkai===