Bruno Ganz

pelakon Switzerland (1941-2019)

Bruno Ganz (bahasa Jerman: [ˈbruːno ˈɡant͡s]  ( dengar); 22 Mac 1941 - 16 Februari 2019)[note 1] ialah pelakon Switzerland yang kerjayanya dalam produksi televisyen dan filem Jerman merangkumi hampir 60 tahun. Beliau terkenal dengan kolaborasi bersama pengarah Werner Herzog, Éric Rohmer, Francis Ford Coppola, dan Wim Wenders. Beliau mendapat pengiktirafan meluas dengan peranannya sebagai Jonathan Zimmerman dalam The American Friend (1977), Jonathan Harker dalam Nosferatu the Vampyre (1979) dan Damiel the Angel dalam Wings of Desire (1987).[1]

Bruno Ganz
Ganz pada 2011
Kelahiran(1941-03-22)22 Mac 1941
Meninggal dunia16 Februari 2019(2019-02-16) (umur 77)
Wädenswil, Switzerland
DikebumikanFriedhof Rehalp, Zürich, Switzerland
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1960–2019
PasanganSabine Ganz (k. 1965)
Rakan kongsi domestikRuth Walz
Anak-anakDaniel
Anugerah

Ganz mendapat pujian antarabangsa yang lebih meluas untuk penggambarannya sebagai Adolf Hitler dalam filem Der Untergang yang dapat pencalonan Oscar.[2] Beliau juga pernah berperanan dalam beberapa filem berbahasa Inggeris, termasuk The Boys from Brazil (1978), Strapless (1989), The Manchurian Candidate (2004), The Reader (2008), Unknown (2011) dan Remember (2015). Di panggung, Ganz memerankan watak Dr Heinrich Faust dalam pementasan oleh Peter Stein bertajuk Faust, Part One dan Faust, Part Two pada 2000.[3]

Dari tahun 1996 hingga kematiannya pada 2019, Ganz adalah pemegang cincin Iffland-Ring Republik Austria, yang diteruskan dari pelakon ke pelakon — masing-masing mewariskan cincin itu ke pemegang berikutnya. Iffland-Ring menilai sesebuah pelakon itu sebagai "pelakon yang paling signifikan dan paling layak dalam dunia hiburan berbahasa Jerman".[4][5] Ganz juga mendapat penghormatan dengan Order of Merit dari Jerman dan menjadi kesatria Légion d'honneur Perancis.

Kehidupan awal sunting

Ganz dilahirkan pada 22 Mac 1941, di Zürich kepada bapa pekerja kilang Switzerland dan seorang ibu dari Itali utara.[6][7][8] Beliau telah memutuskan untuk melanjutkan kerjaya lakonan ketika beliau memasuki ke universiti. Beliau sama-sama tertarik ke pentas dan layar tetapi pada mulanya menikmati kejayaan yang lebih besar di panggung.[9][10]

Kehidupan peribadi dan kematian sunting

Ganz sudah berkahwin dengan Sabine sejak dari 1965 hingga kematiannya, walaupun mereka telah lama berpisah; anak lelaki mereka, Daniel, dilahirkan pada 1972.[1][11]

Pada Februari 2018, diagnosis doktor di Salzburg mendapati bahawa Ganz menderita kanser usus, dan beliau segera memulakan kemoterapi.[12]

Ganz meninggal dunia pada 16 Februari 2019 di kediamannya di kampung Au, di Wädenswil, Switzerland, pada umur 77 tahun, hanya sebulan sebelum ulang tahunnya yang ke-78.[13][14][15] Ganz meninggalkan seorang balu Sabine Ganz, dan seorang pasangan, jurugambar teater Ruth Walz, serta anaknya Daniel.[1]

Nota sunting

  1. ^ Beberapa laporan media mempunyai tarikh dan tempat kematian yang salah. Ganz meninggal dunia pada 16 Februari 2019 (waktu Switzerland) di kediamannya di Au. Au adalah sebuah kampung dan seperempat dari perbandaran di Wädenswil, yang berdekatan dengan Zürich.

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Anita Gates. "Bruno Ganz, Who Played an Angel and Hitler, Is Dead at 77". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). The New York Times Company. Dicapai pada 16 Februari 2019.
  2. ^ "Downfall star Bruno Ganz dies following battle with colon cancer" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 18 Februari 2019.
  3. ^ Midgette, Anne (6 Ogos 2000). "Germany's Classic of Classics, All 21 Hours". New York Times (dalam bahasa Inggeris).
  4. ^ Rob Mackie (16 September 2005). "Downfall". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 1 Februari 2009.
  5. ^ Simon Strauss (16 Februari 2019). "Schauspieler Bruno Ganz ist tot". FAZ (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 16 Februari 2019.
  6. ^ www.20min.ch, www 20minuten ch, 20 Minuten, 20 Min. "Schauspieler Bruno Ganz ist tot". 20 Minuten (dalam bahasa Jerman).
  7. ^ "Born: 22 March 1941 in Zurich, Switzerland" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-06. Dicapai pada 26 April 2011.
  8. ^ "Born 1941 to a Swiss worker and his Northern Italian wife" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Mei 2011. Dicapai pada 26 April 2011.
  9. ^ "Swiss-born actor Bruno Ganz established himself in Germany, first as co-founder of the Schaubuhne Theatre company, then as a romantic lead in films" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2011.
  10. ^ "he got his first film role with 19... ...but his absolute break through he has with in a play by Peter Zadek in Bremen" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2011.[pautan mati kekal]
  11. ^ "Spouse: Sabine Ganz (1965 – present) (separated) 1 child" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2011.
  12. ^ "Bruno Ganz leidet an Krebs (German)" (dalam bahasa Jerman). Dicapai pada 2 Ogos 2018.
  13. ^ "Aktor 'Hitler' meninggal dunia". Zürich: MalaysiaGazette. 17 Februari 2019. Dicapai pada 27 November 2020.
  14. ^ Urs Bühler: Ob Engel oder Diktator: Bruno Ganz legte den allzu menschlichen Kern seiner Figuren frei. (dalam bahasa Jerman) Nachruf in: Neue Zürcher Zeitung vom 16. Februar 2019, abgerufen am 10. März 2019.
  15. ^ Michel Imhof: Daniel Rohr erlebte die letzten Minuten der Schauspiellegende: «Bruno Ganz starb im Beisein seiner Partnerin und seines Sohnes» (dalam bahasa Jerman) In: Blick, 16 Februari 2019.

Pautan luar sunting