Makbariyah (ruang azan)

Makbariyah (المكبرية) adalah suatu ruangan yang tinggi di dalam sesebuah masjid, merupakan tempat di mana para muazzin atau bilal melaungkan azan. Ia juga tempat muballigh dalam solat mengulang kembali bacaan imam yang melibatkan pergerakan dalam solat dengan lebih nyaring agar dapat didengari oleh para jemaah.

Ruang azan di Masjid Sultan Ahmed II (Masjid Biru), Istanbul.

Ciri-ciri sunting

Makbariyah biasanya berada di bahagian dalam masjid, berdekatan dengan mihrab. hal ini dapat memudahkan para muballigh untuk menyampaikan bacaan imam kepada para jemaah.

Kebiasannya, makbariyah hanya terdapat di masjid-masjid di timur tengah dan di negeri-negeri bawah pemerintahan Uthmaniyah. Makbariyah bukanlah sesuatu ciri yang wajib ada dalam sesebuah masjid. Maka, tidak semua masjid mempunyai makbariyah sepertimana yang kita lihat di Malaysia.

Antara masjid yang mempunyai makbariyah adalah Masjidil Haram, Masjid Nabawi, Masjid Al-Aqsa dan kebanyakan masjid-masjid lama di negara-negara Syam, Mesir dan Turki.

Kewujudan makbariyah di Nusantara sunting

Makbariyah hanya terdapat pada sebahagian masjid di Sumatera sahaja, seperti Masjid Raya Al-Mashun dan Masjid Lama Gang Bengkok di Medan, dan sebagainya.

Rujukan sunting