Michael Benjamin Bay (lahir 17 Februari 1965) merupakan seorang pengarah filem warganegara Amerika. Beliau dikenali kerana mengarah filem-filem aksi berbajet besar berciri-ciri suntingan cepat, visual bergaya dan penggunaan kesan khas melampau. Dalam filem-filem beliau, termasuk filem cereka sains ngeri Armegeddon (1998), filem perang epik Pearl Harbor (2001) dan filem aksi sains fiksyen bersiri Transformer (2007-kini), telah mendapat lebih US$5 bilion seluruh dunia. Beliau merupakan salah seorang pengasas produksi pengiklanan "The Institute for the Development of Enchanced Perceptual Awarness" (Institusi Pembangunan Kesedaran Persepsi yang Dipertingkatkan). Beliau juga merupakan salah seorang pengerusi dan memilik digital khas "Digital Domain". Beliau merupakan pemilik Platinum Dunes, sebuah rumah produksi yang telah membuat semula filem-filem seram termasuk The Texas Chainsaw Massacre (2003), The Amityville Horror (2005), The Hitcher (2007), Friday the 13th (2009) dan A Nightmare on Elm Street (2010).

Michael Bay
Michael Bay dalam pembuatan film Armageddon
Kelahiran
Michael Benjamin Bay

(1965-02-17) 17 Februari 1965 (umur 59)
WarganegaraAmerika
PendidikanArt Center College of Design
Pusat pendidikanWesleyan University
PekerjaanFilmmaker, camera operator, actor, director
Tahun aktif1986–present
Karya terkenal
Armageddon, Pearl Harbor, Transformers film series
SaudaraLeonard Nimoy (cousin-in-law; deceased)
Laman web rasmiwww.michaelbay.com

Walaupun dianggap berjaya dengan filem-filem berperingkat antarabangsa, Bay telah menerima banyak campuran terhadap ulasan negatif keatas karyanya daripada pengkritik filem. Manakala filem-filemnya seperti The Rock, The Island, Pain & Gain, dan Transformers menerima sedikit ulasan positif daripada pengkritik dan penonton, sambungan sekuel Transformers dikritik oleh pengkritik, begitu juga dengan Pearl Harbor, filem-filem Bad Boys dan Armageddon.

Kehidupan awal sunting

Michael Bay dilahirkan di Los Angeles, California, US. Beliau dibesarkan oleh ibu bapa angkat beliau iaitu Harriet, pemilik sebuah kedai buku dan Jim, seorang akauntan. Beliau dibesarkan secara yahudi. Datuknya berasal dari Russia. Saudaranya, Susan Bay, merupakan janda pada mediang pelakon Star Trek, Leonard Nimoy (beliau merupakan pelakon suara sebagai Sentinel Prime dalam Transformers: Dark of the Moon). Beliau menghadiri Crossroads School, di Santa Monica, California. Bay meminati filem-filem aksi semasa kecil. Ketika beliau masih seorang budak kecil, beliau menyalakan sebuah mercun kedalam kereta api mainan dan diikuti dengan kejadian kebakaran bersama kamera 8 milimeter ibunya. Jabatan kebakaran di panggil dan Bay dikenakan hukuman atas perbuatannya.

Pengarah filem sunting

Filem sunting

Muzik video sunting

Produser sunting